Tidak terfikir ku akan pertemuanku dengan seorang kawan pada petang tadi, selepas Asar sebelum Maghrib tadi merupakan pertemuan yang penuh dengan muhasabah kepada diriku.
Pada mulanya, ku kira pertemuan itu hanya sekadar pertemuan yang dengan niat untuk mengajar kawanku beberapa perkara tentang Microsoft Power Point 2007 (bukanlah aku seorang yang pakar dalam Power Point) dan juga tersentuh sedikit mengenai Adobe Photoshop.
Namun, selepas mulut terhenti berkata-kata mengenai tajuk sebenar pertemuan tersebut, timbul beberapa persoalan dan luahan daripada kawanku.
"Sedihlah tengok kawan sebelah tu..aku dah try nak pujuk dia supaya solat dan jaga waktu solat..tetapi dia seolah-olah tidak mengendahkan kata-kata aku"
Terkejut tidak terkira. Masih ada (dan sememangnya akan ada) umat Islam di bumi tempat ku neimba ilmu ini yang terlepas daripada kesan dakwah aku dan beberapa orang memberku.
Ayat pertama yang keluar daripada sanubariku adalah "HIdayah itu milik Allah". Ya, memang benar. Kerana hidayah itu tidak hanya kepada umat Islam semata-mata.
Hidayah itu milik Allah dan hanya Dia sahajalah yang berhak memberi hidayah itu kepada insan yang pilihanNya.
Lalu kawanku menyambung untuk bertanya: "Sejak bila ye ko ni terlibat dengan gerak kerja Islam?" Soalan yang menyentak hati dan imanku. Ya Allah, aku lupa bila hidayahMu datang dan menyinari hati ini!
Aku cuba menyelusuri sejarah kehidupanku sebelum usia ku menemui jalan dakwah ini. Ku singkap satu persatu dan ku ceritakan kepada kawanku bahawa semua ini merupakan ketentuanNya jua.
Dipendekkan cerita, azan Maghrib membawa kami ke rumah Allah yang berdekatan. Namun, perbualan kami tidak terhenti di situ. Pertemuan kali ini diaturkan dan bertempat di warung makan. Cuma kali ini, topik perbualan agak rancak dan hangat.
Aku memulakan perbualan dengan pertanyaan: "Pernah tak dengar kenyataan daripada beberapa individu yang mengatakan bahawa suatu hari kelak kerajaan Malaysia akan berubah wajah dan akan dipimpin oleh mahasiswa yang mempunyai kesedaran akan Islam pada masa sekarang?" Lalu kawanku menjawab: "Ya!"
Tersenyumku dibuatnya, lalu perbualan menjadi lebih rancak. Antara isi perbualannya adalah mengenai mahasiswa, kepimpinan kerajaan dan politik semasa, juga menyentuh beberapa isu semasa seperti kenaikkan harga minyak dan beberapa barangan keperluan yang lain.
Apa yang ingin ku cuba sampaikan di sini bukanlah berkaitan dengan pertemuan itu, tetapi sesuatu yang telah ku pelajari dari dulu lagi tetapi baru kini ku sedar.
Terima kasih ku ucapkan kepada kawanku walaupun apa yang diperbualkan sepanjang pertemuan tadi sesuatu yang tidak dirancang kerana semuanya ketentuan Allah. Syukur ku ucapkan kepadaNya kerana hanya Dia lah yang memberi segala nikmat, hidayah dan petunjuk ke arah yang benar..
Wallahu'alam.