About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Wednesday, January 5, 2011

Mari Mengenal Allah


"Tak kenal maka tak cinta"

Itulah ungkapan yang selalu kita sebut-sebut apabila ingin mengenali seseorang. Bagaimana mungkin sekiranya kita mengenali seseorang itu kita bisa menyintainya? Sabda Rasulullah, "Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri".

Daripada sabda baginda s.a.w tersebut, dapat kita huraikan di sini bahawa persaudaraan merupakan perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Lantas, bagaimana pula'persaudaraan' kita dengan Allah? Bagaimana kita hendak mengenal Allah?

Mengenal Allah atau dalam bahasa yang seringkali digunakan dalam ceramah dan tazkirah adalah ma'rifatullah. Hasil karya Ustaz Fathi Yakan dalam kitab beliau, Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, terbitan Dewan Pustaka Fajar, di mukasurat 208 menyentuh tentang makrifatullah iaitu:

"Makrifatullah atau mengenal Allah akan dicapai dengan mendalam dan mantap apabila seseorang itu meneliti segala makhluk ciptaan Allah, menghargai kebijaksanaan, qudrat, kurnia dan segala petanda kebesaranNya. Bukti dan petanda tersebut nyata terpampang dalam ukiran peristiwa masa lampau, masa kini dan masa yang akan datang."

Daripada nukilan Ustaz Fathi Yakan sebentar tadi dapat kita simpulkan bahawa kita akan dapat mengenal Allah dengan mentadabbur alam semesta ini, betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t, Subhanallah!

Mengenal Allah bukanlah seperti kita mengenal manusia dan makhluk-makhluk lain. Mengenal Allah memerlukan satu keazaman yang kuat, jika tidak kita akan terpesong dan lemah di tengah jalan, nauzubillah.

Maka, marilah kita sama-sama melihat dan merenung penciptaanNya yang ada pada kita, saudara kita, alam semesta dan segala jenis penciptaanNya, bukan pula zatNya, insya Allah.