About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Monday, September 12, 2011

Letakkan Allah di dalam setiap amalan kita.

Alhamdulillah, kini Syawal telah menaikkan tirainya untuk bertemu dengan umat Islam akhir zaman. Namun, apa yang menyedihkan adalah perginya Ramadhan yang belum tentu akan kita temui pada tahun akan datang. Walaubagaimanapun, kehidupan ini perlu diteruskan jua tanpa berputus asa akan rahmat Allah.

Perlu diingatkan bahawa, bukannya hanya pada bulan Ramadhan al-Mubarak sahaja kita beribadat dengan sepenuhnya kepad Allah, malah kita dituntut untuk beribadat kepadaNya setiap masa dan waktu, tidak mengira tempat mahupun bulan-bulan yang tertentu.

Letakkan Allah dalam setiap amalan dan niat kita. Insya Allah apa yang akan kita lakukan akan mendapat pahala ibadah meskipun ganjarannya tidak seperti apa yang telah diberikan oleh Allah pada bulan Ramadhan yang lepas.

Ramai umat Islam akhir zaman memikirkan bahawa pad bulan Ramadhan sahajalah peluang untuk beribadat lebih kepada Alllah s.w.t. Ya, tanggapan seperti itu memang benar. Bahkan, tidak dinafikan langsung! Akan tetapi, beribadah kepada Allah bukannya sekadar pada bulan Ramadhan. Tanggapan seperti ini perlu dan wajib untuk diperbetulkan.

Meskipun amalan atau ibadah yang akan kita lakukan sedikit kuantitinya, sekiranya ianya dilakukan dengan berterusan, maka itu lebih baik daripada amalan dan ibadah yang banyak tetapi terputus-putus.

Walauapapun amalan kebaikan yang akan kita lakukan, niatkanlah semata-mata kerana Allah. Seperti mana dalam hadith yang selalu kita dengar atau baca, namun kurang kita fahami adalah berkaitan dengan niat.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat."

Insya Allah, letakkanlah Allah dan Rasul dalam setiap amalan kita. Ganjaran itu, urusan Allah. Teruskan istiqamah dalam beribadah kepadaNya.

Sekian, wallahualam.