
Salam. Hari ni terasa nak sentuh tentang isu yang sedang dan semakin hangat bermain di minda (dan kepala otak) semua rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.
Facebook a.k.a FB
Mengapa? Salahkah ber'facebook'? Alamak..ada yang respon macam tu la. Macam mana nak balas ni??
Menggunakan laman sosial secara maya bukanlah dihalang sama sekali. Malah, tidak dikatakan facebook ini mempunyai hukum tersendiri dalam Islam. Ianya menjadi haram sekiranya ianya melalaikan individu muslim tersebut sentiasa menghadap facebook (lebih dikenali FB) dan mengabaikannya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kalau ada hukum haram, mesti ada hukum wajib kan? Jawapannya, tidak semestinya. Menggunakan FB untuk tujuan dakwah juga merupakan langkah yang bijak dalam uslub dakwah iaitu, alternatif lain untuk berdakwah.
Namun perlu diakui, dalam berdakwah menggunakan FB, jarum-jarum syaitan sentiasa banyak dan tajam dalam menghasut para da'ie kelahiran FB. Jadi, kenalah berjaga-jaga ye.
Bukan itu tujuan asal saya mengeluarkan entri berkaitan dengan FB kali ini. Tetapi, ingin mengutarakan persoalan demi persoalan yang kurang dan sukar untuk dijawab oleh akal yang pendek ni.
Seringkali kita 'menjenguk' ke FB kawan-kawan atau orang lain, seksyen pertam akan kita lihat adalah gambar atau "Photo". Bila melihat gambar-gambar yang berkenan di hati, mulalah jari-jemari dengan ringannya menaip komen-komen yang pada mulanya berkaitan dengan gambar tersebut. Tidak kurang jugak terdapat komen yang berbentuk pujian dari kawan terhadap gambar tersebut.
Apa yang menyedihkan, ada gambar atau album yang penuh dengan 'pose-pose' (bukan puasa) para kaum Hawa yang pelbagai sudut kamera dan juga gaya pengambilan gambar. Malah, ada yang selama ini tidak pandai menggunakan kamera atau tidak biasa dengan gambar sendiri menjadi pandai dalam sudut pengambilan gambar (pergghh!!)
Tambah menyedihkan gambar-gambar tersebut bila dipuji, pemiliknya menjadi galak dengan pujian walaupun pujian itu berbentuk yang 'miang', 'gatal', atau sewaktu dengannya, Astaghfirullah al-azim.. Tidak perlu dinyatakan siapa, cukuplah kita melihat profile FB kawan-kawan kita.
So, macma mana kita nak 'settle'kan perkara ni? (aduh! susahnya pikiq!) Semuanya bergantung pada individu tersebut. Pernah juga dapat pengalaman menegur beberapa kawan-kawan dari jantina Hawa tentang isu macam ni, tapi jawapannya:
"Lantak aku la! Hang sapa nk teguq aku?!"
"Alah..biasala tu.. Jangan risau la"
...dan bermacam-macam lagi..
Tidakkah mereka sedar dan tahu bahawa gambar-gambar mereka mudah dan senang (mudah ngn senang tu ada beza ka?? :p) untuk di'save' oleh siapa-siapa yang melihat profile mereka. Mereka sendiri yang 'menghantar' gambar mereka untuk menjadi tatapan mereka yang tidak selayaknya menatap gambar-gambar tersebut. (belum lagi cerita tentang gambar yang dedah aurat dan tak senonoh sampai menjelirkan lidah!)
Saya tengok FB ni dah jadi macam album kenangan dah. Bukan tempat untuk bersosial. Rugi la orang-orang yang menjual album gambar di luar sana (macam dulu-dulu la). Sekarang ni dah tak perlu kepada album sebab FB dah ada (macam-macam ada).
Hah! Tu baru cerita tentang gambar, belum lagi isu 'chat' di FB. (aduh......penat pala otak den!)
Walauapapun, sekadar perkongsian. (boleh komen di blog ni @ FB saya ek :P)
Tepuk dada tanya iman (eh, bukan selera ke? <-------ni persoalan yang tak sepatutnya!)
Wallahualam.

Facebook @ FB yang semakin digilai

Wah! ni barulah facebook!!

FACEBOOK ke MUKABUKU?? (bukan direct translation ke??)