About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Sunday, November 21, 2010

Syukur

Alhamdulillah..segala puji diserahkan peada yang Maha Esa kerana masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam. Setinggi kepujian dipanjatkan kepada Sang Pencipta sekalian alam yang tidak ada tandingan penciptaannya, subhanallah.

Manusia...sering kali lupa untuk mengucapkan syukur kepadaNya, tetapi apabila mendapat pertolongan dari insan lain mereka tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih. Mengapa? Jawapannya senang sahaja, kerana kita dapat lihat insan itu di depan mata kita, tetapi tidak bagi Allah.

Kita tidak dapat melihat dan merasa bantuan Allah, malah kita sememangnya tidak dapat melihat Allah, tidak seperti manusia lain.

Keenggganan kita untuk melafazkan kesyukuran menunjukkan keangkuhan kita kepadaNya, nauzubillah. Syukur yang paling kecil adalah mengucapkan alhamdulillah, manakala syukur yang paling besar adalah menggunakan segala nikmat yang diberi olehNya ke arah jalan yang diredhainya.

Contohnya, nikmat tubuh badan yang sihat hendaklah kita gunakan untuk beribadat kepadaNya, bekerja ke arah jalan yang diredhaiNya. Nikmat harta yang banyak hendaklah kita infakkan atau sedekahkan kepada insan yang memerlukan sebagai tanda kesyukuran kita. Nikmat ilmu yang ada pada kita, sebagai tanda kesyukuran kita, hendaklah kita kongsi bersama dengan masyarakan sama ada melalui perkongsian lisan, tulisan dan cetusan idea untuk membangunkan semua tamadun Islam di muka bumi.

Bersyukur merupakan tanda adanya iman di dalam hati seseorang insan.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment