Alhamdulillah..pada 29 Julai 2011, saya Sahrul Khair bin Osman dengan pasangan Rina binti Abdurahman telah selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Tawau, Sabah. Syukur kepadaNya, hanya dengan sekali lafaz akad nikah maka terjalinlah ikatan suami isteri antara kami.
Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga membawa ke syurga. Amin..
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan kami kerana kejahilan diri kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan ibu bapa kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan ahli keluarga kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan sahabar-sahabat kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan sesiapa sahaja yang bersama kami
Ya Allah ya Tuhan kami
Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas ikatan ini
Limpahkanlah sakinah dalam hubungan kami
Curahkanlah kebahagiaan dalam hidup kami
Kurniakanlah kepada kami hati yang kuat bagi memikul tanggungjawab ini ya Rabb
Ya Allah ya Tuhan kami
Janganlah hubungan ini menjauhkan kami daripada mengingatiMu
Jadikanlah hubungan ini sebagai wadah dalam dakwah kami kepada ahli keluarga kami
Tetapkanlah hati kami ya Allah
Ya Allah ya Tuhan kami
Bukakanlah pintu rezekiMu bagi kami dalam mengharungi kehidupan ini
Lapangkanlah rezeki kami
Kurniakan kami rezeki yang hanya daripadaMu ya Rabb
Ya Allah ya Tuhan kami
Kami memohon padaMu
Bimbinglah kami dalam mencari redhaMu
Tunjukkanlah kami jalan yang menuju kepada JannahMu
Wahai Tuhan yang agung lagi Esa..
Amin ya Rabbal 'Alamin..