About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan : Datang dan Pergi


Alhamdulillah, pada tahun ini kita telah diberikan sekali lagi kesempatan untuk bertemu dengan kekasih agung iaitu Ramadhan al-Mubarak setelah setahun tidak bertemu dengannya.

Ramadhan yang datang kali ini mungkin membawa rahmat yang berbeza bagi setiap hambaNya. Mungkin ada yang menyimpan untuk memperhambakan diri sepenuhnya kepada Tuhan yang Maha Menciptakan. Mungkin juga ada yang mengambil peluang Ramadhan kali ini untuk menghabiskan bacaan al-Quran mereka. Tidak kurang juga ada yang ingin memberi makan kepada fakir miskin sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Walauapapun niat di hati masing-masing, perlu diingat bahawa niat ibadah kita kerana Allah bukan kerana bulan Ramadhan. Hal ini kerana dikhuatiri hanya bulan Ramadhan sahaja kita akan melipatkaligandakan amal ibadat kita sementara pada bulan lain ianya seolah-olah kurang, nauzubillah.

Menyingkap berlalunya Ramadhan pada tahun-tahun lepas, ada di antara kita yang menanam azam supaya Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling baik sepanjang hidupnya. Namun, ibadah kita pada kali ini seolah tidak ke arah azam yang telah ditanam. Marilah kita sama-sama muhasabah diri supaya kita beroleh kemenangan di Syawal yang bakal tiba kelak.

Ramadhan kian berlalu. Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita berada di bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Segala amal kita dipermulaan Ramadhan dulu harus dan perlu ditingkatkan terutamanya di malam 10 akhir Ramadhan kelak kerana pada ketika itu, satu lagi kurniaan 'bonus' daripada Allah kepada hamba-hambaNya secara terus tanpa tapisan. Subhanallah.

Ayuhlah kita sama-sama melipatgandakan amal ibadah kita di akhir Ramadhan ini supaya kita dapat mencapai matlamat Ramadhan iaitu menjadi insan yang bertaqwa. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment