About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Friday, January 6, 2012

Topik Hangat :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Syukur pada yang Esa atas rahmat dan pemberianNya. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besara Nabi yang Agung, Nabi Muhammad s.a.w. Insya Allah hari ini saya ingin berkongsi berkenaan kahwin muda :) Saya pasti ramai yang mencari-cari di mana cerita yang ada berkongsi mengenai kahwin muda..hehe..jeng jeng jeng...

Nikah, connecting people! Itulah yang sering dikatakan di media-media. Ya, sememangnya itulah yang dituntut, iaitu pernikahan merupakan penyatuan dua hati antara si suami dan si isteri. Namun, ada juga yang belum masih mampu untuk menyatukan hati masing-masing lantaran ego yang tinggi. Tetapi, ini bukan topik utama yang saya ingin kongsikan pada hari ini :)

Bila menyebut mengenai KAHWIN MUDA, ianya lebih merujuk kepada KAHWIN pada usia MUDA. Masyarakat kini memandang kahwin muda ini membawa kepada peningkatan statistik penceraian di usia muda lantaran keghairahan untuk mendirikan rumahtangga yang disusuli dengan dorongan hawa nafsu, juga disertai dengan kurangnya ilmu mengenai rumahtangga. Memang benar, mendirikan rumahtangga samalah seperti berlayar dalam sebuah kapal yang besar di lautan penuh berombak.

Perghh!! Mahal gilerr...!

Bila si anak ingin menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada orang tua, mereka sebenarnya amat mengharapkan bahawa orang tua memahami isi hati mereka. Namun, sebaliknya berlaku. Kedua-dua ibu dan ayah berkemungkinan menolak hasrat hati anak mereka kerana beberapa sebab yang dirasakan munasabah.

Malah ada yang mengatakan bahawa kahwin muda ini mengundang banyak masalah. Persoalan yang saya ingin kongsikan di sini adalah, "Adakah kahwin muda mengundang banyak masalah atau membiarkan anak-anak bercinta tanpa ikatan yang sah itu tidak mengundang banyak masalah?" Tidak dinafikan bahawa kedua-dua ibu dan ayah memang ingin melihat anak-anak mereka berjaya, dan punyai kerjaya sendiri. Tetapi, fitrah manusia untuk menyintai dan dicintai tidak boleh ditolak dan dinafikan. Sekiranya ditolak, maka lihatlah statistik pembuangan bayi yang semakin meningkat saban hari.

Siapa kata golongan yang kahwin muda tidak berjaya? Melalui pengalaman dan pengamatan saya, golongan yang kahwin muda ini lebih terjaga hatinya daripada mereka yang kahwin lewat. Ya, memang jodoh itu kuasa Allah. Tetapi, mengapa sampai mengatakan bahawa kahwin muda ini mengundang banyak masalah?

Sehingga ke hari ini, saya melihat ramai sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumahtangga di usia muda telah berjaya dalam pelajaran dan juga dalam kerjaya masing-masing. Jangan kita melihat bahawa kahwin muda ini sebagai satu bebanan kepada pasangan keran KITA BUKAN PENCIPTA pasangan tersebut. Allah yang menciptakan makhlukNya dan Dia tahu kemampuan makhlukNya berbanding makhlukNya sendiri.

Wallahualam..sekadar itu sahaja sebagai pemanas jari dan minda yang telah lama beku daripada penglibatan dalam dunia blogger :)

Yang baik datang dari Allah, kurangnya atas diri saya sendiri namun kedua-duanya datang dari Allah.


No comments:

Post a Comment