About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Wednesday, April 21, 2010

Kerajaan vs pembangkang : Siapa pilihan anda?

Pada masa sekarang isu pilihanraya sedang hangat diperkatakan. Yang terbaru adalah isu yang sedang menimpa Hulu Selangor di mana pihak kerajaan mengumumkan calon mereka dari kalangan bukan bangsa Melayu (kerana kerajaan memperjuangkan bangsa dalam pentadbiran mereka).

Manakala dari pihak pembangkang, penerimaan secara baik calon yang dahulunya daripada pihak kerajaan, walaupun calon tersebut telah difitnah dengan beberapa fitnah yang mana apabila dfikirkan memang tidak layak untuk bertanding.

Semua itu bukanlah isu yang berat. Tetapi apa yang lebih berat adalah bagaimana seorang pemimpin itu memimpin dan memikul amanah yang tergalas di bahunya.

Jika kita tengok dan singkap kembali ciri-ciri seorang pemimpin yang patut dipilih dalam pentadbiran mahupun gerak kerja. Yang pertama adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah iaitulah dari kalangan umat Islam sendiri. Merujuk kepada ciri ini, salah satu tanda-tanda kiamat akan berlaku adalah pemimpin yang dilantik bukan dari kalangannya. Membawa maksud, sekiranya pemimpin tersebut bukan dari kalangan yang beragama Islam bagaimana mungkin dia akan membawa orang yang dipimpimnya kea rah jalan yang Allah telah sediakan (bukan undang-undang manusia yang sediakan).

Cirri pemimpin yang kedua adalah memimpin berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini jelas bagi pemimpin yang akan memimpin dilantik dari kalangan umat Islam itu sendiri. Andai kata seorang pemimpin itu bukan dari kalangan umat Islam, secara kasarnya dia jauh dari landasan al-Quran dan as-Sunnah.

Kita sebagai umat Islam haruslah sensitif dalam isu pemilihan pimpinan ini. Hal ini kerana dengan pimpinan itulah negara akan maju dan berjaya di dunia mahupun akhirat.

Sekiranya benar pimpinan kerajaan yang ada sekarang merupakan pimpinan yang betul, mengapa ada pertikaian mengenai kerajaan ini seperti mana yang berlaku di Sabah? Dan sekiranya benar pihak pembangkang ini sentiasa membangkang dan salah , mengapa setiap kali pilihanraya mereka mempunyai tempat di mata masyarakat? Mengapa pihak pembangkang tidak pernah keluar di kaca televisyen apabila ada benda kebaikan yang dilakukan oleh mereka?

Fikir-fikirkanlah, antara kerajaan dan pembangkang, siapakah pilihan anda? Sekiranya kerajaan pilihan anda, adakah mereka telah melaksanakan amanah dengan baik BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH? Sekiranya anda tidak memilih untuk pembangkang, adakah mereka layak untuk dipanggil pembangkan andai hala tuju dan matlamat mereka jelas untuk memartabatkan Islam dan membawa Malaysia untuk menjadi negara Islam yang benar-benar berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah?

Fikir-fikirkanlah…



Ketika di usia yang muda, 19 tahun, Kota Konstantinopel jatuh di tangan Sultan Muhammad al-Fateh setelah 800 kali cubaan yang telah dilakukan

Secoret Coretan

Saban hari berlalu. Mengingatkan diri yang semakin alpa dan leka akan keindahan dunia yang sementara. Seringkali, terpacul di bibir ini "Masih adakah cinta Allah di dalam hati ini?"

Sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian,

Terfikirkah kita bagaimana jika hidup ini tanpa cintaNya yang suci? Atau adakah kita hanya mampu memikirkan bagaimana hidup ini tanpa cinta insan yang diberikan melalui ibu, ayah, keluarga, suami mahupun isteri? Semua cinta tidak akan kekal selamanya, melainkan cinta itu, cinta seorang anak kepada kedua-dua ibu dan ayahnya kerana Allah, cinta seorang isteri yang solehah kepada suami yang soleh dan sebaliknya yang mana juga kerana Allah.

Hanya cinta kerana dan kepada Allah akan membawa kita ke syurgaNya yang hakiki dengan syarat segala perintah kita kerjakan dan laranganNya kita hindarkan.

Kini, ramai umar manusia yang jauh dari cinta Ilahi walaupun mereka menyedari akan kewujudan Allah yang Esa, Yang Maha Agung. Timbul rasa kesal dan kasihan melihat golongan yang sebegini berpeleseran di kota-kota yang membangun. Terasa amanah sebagai khalifah ini tidak layak untuk ditanggung bersendirian. Terasa ingin menarik sahabat-sahabat itu bersama dalam perjuangan ini. Tetapi, ilmu yang kurang menyebabkan kekalahan ketika berhujah, hanya doa yang mampu dipanjatkan.

Andai Malaysia ini mengejar kejayaan di bumi Akhirat, tanpa mengabaikan fardhu kifayah, ana pasti Malaysia ini berjaya di mata dunia secara keseluruhan dengan ber'title'kan daulah islamiyah. Namun, amat menyedihkan apabila urusan agama dipisahkan dari urusan pentadbiran sedangkan ada ulama di dalam barisan pimpinan kerajaan itu sendiri.

Andai cinta Allah diletakkan dalam pentadbiran daulah, insya Allah pertolongan Allah pasti datang sepertimana diriwayatkan dalam sirah Sultan Muhammad al-Fateh yang telah berjaya menakluk Kota Konstantinopel suatu mas dahulu pada usia yanhg sangat muda, jauh lebih muda dari barisan pimpinan yang mentadbir Malaysia pada hari ini.

Di mana kekuatan seorang yang berusia 19 tahun ketika Kota Konstantinopel berjaya dibuka? Tidak lain tidak bukan hanyalah dari cinta yang sangat mendalam kepada Allah dan RasulNya.

Moga bermanfaat kepada semua... Wallahu'alam

Assalamualaikum.

Tuesday, April 20, 2010

Subhanallah...Hebatnya Engkau Ya Rabbuna..

"Cuba teka.........????"
"Ranting @ ulat????"
"Daun @ mentadak..?"

"Daun kering..? @ rama-rama..?Subhanallah.."

"Bukan hanya daun kering.."

"Sahabat-sahabat nampak tak? Bukan hanya daun..Tengok betul-betul..."


Subhanallah..sememangnya, banyak lagi rahsia alam yang kita tak tahu..
Jangan fikir apa yang kita tidak nampak di mata itu tidak wujud
dan
Jangan fikir apa yang ada di depan mata itu adalah yang hakiki

Ya Rabb..
Agungnya Engkau
Pencipta sekalian alam..
Engkaulah Sang Pencipta dan Sang Pencinta
Pulangkan cinta kami hanya padaMu

Isu Semasa

Assalamualaikum..

Dalam kita meniti kehidupan seharian, seringkali kita terlupa, leka dan alpa akan adanya nikmat Illahi yang tak terhingga. Setiap hirupan udara yang mengandungi oksigen yang masuk ke dalam paru-paru kita merupakan nikmat dariNya, apatah lagi bila setiap hembusan itu mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita iaitu karbon dioksida.

Nikmat yang paling agung adalah nikmat Iman dan Islam yang mana kedua-duanya merupakan syarat kita untuk ke syurgaNya, walaupun diawal perjalanan kita di Mahsyar kelak bermula dengan pelbagai suka dan duka malah tidak pernah kita bayangkan sekalipun. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Esa, Allahu Rabbuna. Alhamdulillah.

Dunia saban hari mengecam masyarakat dengan pelbagai bencana alam yang seharusnya disedari semuanya bermula dengan tindakan manusia yang semakin rakus mengejar kekayaan dan kejayaan duniawi sehingga mengabaikan apa yang lebih penting bagi masa kini dan masa depan,

Lihat sahajalah, segala bencana alam yang berlaku pada masa kini semuanya berada di tempat di mana maksiat berleluasa, perintah Allah diabaikan, larangan Allah dikerjakan dan segala yang mungkar dilakukan dengan senang hati tanpa penyelesalan yang hakiki.

Bukan itu sahaja, isu buang bayi yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia umumnya, dan dari kalangan umat Islam yang berada di Malaysia khususnya, tidak ada yang berna membanteras secara terang-terangan, malah ada yang menjadi dalang di sebalik kejadian yang berlaku.

Apakah kita lupa bahawa hidup kita bukan sahaja di dunia ini semata-mata? Apakah kita merasakan bahawa dunia ini kekal buat selama-lamanya? Adakah kita lupa bahawa MATI itu PASTI dan akan datang masa kita menghadapNya suatu hari kelak?

Setiap manusia akan dipersoalkan dan yang paling banyak dipersoalkan adalah para pemimpin yang telah diamanahkan untuk memimpin masyarakat ke arah yang lebih baik. Sekiranya pemimpin tersebut tidak mengabaikan urusan agama dan pentadbiran secara keseluruhannya, saya yakin, pasti dan percaya Malaysia tidak akan dibanjiri dengan anak-anak yang lahirnya tidak berbapa.

Tetapi apa yang menyedihkan, ada di kalangan pihak yang bertanggungjawab tidak melaksanakan amanah yang telah disandarkan ke atas bahunya sejak dari detik pertama beliau dilantik menjadi 'pemegang amanah'. Siapa yang makan cili, dialah yang akan merasa kepedasannya.

Suka saya bawakan sepotong ayat al-Quran:

"Wahai orang yang beriman! Mengapakah kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan? Besar kebencian di sisi Allah akan apa yang kamu katakan tetapi tidak kamu lakukan"
~as-Soff : 3 & 4~

Segala apa yang baik, saya sandarkan ke atas agungnya khaliq, Maha Suci Engkau ya Allah. Manakala segala yang buruk, saya sandarkan ke atas diri yang hina, dina dan dhaif ini. Hakikatnya keduanya daripadaMu ya Rabbi.

Wallahu'alam.

Sunday, April 18, 2010

Langkah Mujahid Menuju Syahid


Umar al-Mujahid as-Sarawaki

Dari idolaku

“Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar”.
~Khalifah ‘Umar al-Khattab~

Beberapa Petikan Kata-Kata Pujangga Umar Bin Abdul Aziz.


1) “Sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. Justeru itu, sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup di dunia untuk menempuhi perjalanan ke alam akhirat.”

2) “Wahai manusia! Bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak selain daripada neraka dan syurga, di mana kalian semua akan menuju ke arah salah satu di antara keduanya kelak.”

3) “Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya waktu solat. Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan solat kerana tugas-tugas duniawinya nescaya syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya.”

4) “Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga.”

5) “Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut.”

6) “Sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh menusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh mereka.”

7) “Celakalah bagi sesiapa yang kepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya.”

8) “Perbanyakkan olehmu mengingati mati dan persiapkanlah bekalan akhiratmu sebaik-baiknya sebelum ajal menemui kalian kerana sesungguhnya memperbanyakkan mengingati mati akan menjauhkan hati daripada terpesona dengan kelazatan dunia.”

Friday, February 19, 2010

Bola Bola Islam

Teringat akan satu permainan yang berorentasikan modul pada satu program yang ana sendiri jadi pengarah programnya. Terus terang ana ceritakan, ana tidak pernah mengikuti sebarang program yang bentuknya sedemikian rupa. Tetapi pada hari itulah, ana buat kali pertama menjadi pengarah program dan kali pertama mengikuti program seperti itu. Pengalaman sebegitu tidak akan luput di fikiran ana.


Wahai sahabat-sahabatku!


Sedarkah kita bahawa kita sekarang telah dihimpit oleh ancaman-ancaman musuh Islam yang sememangnya tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan, menghancurkan, dan menjahanamkn umat Islam seluruhnya di atas muka bumi Allah ini. Akan tetapi, penjagaan Allah tetap bersama dengan orang-orang yang sabar dan beriman hanya kepadaNya sehinggakan segala rencana hitam yang dirancangkan ke atas umat Islam dibalas di atas muka bumi ini, tatkala mereka (musuh-musuh Islam) masih hidup lagi!


Ingin sekali ana berkongsi pengalaman bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Bayangkanlah wahai sabahatku! Andainya sebiji bola sepak atau bola getah permainan adik kita yang masih kecil, merupakan Islam yang kita sanjungi. Jika bola sepak tersebut diletakkan di tengah-tengah padang, dan akan disepak apabila referee meniup wisel, adakah kita akan mengambil bola tersebut dan mempertahankannya walaupun kita disepakterajangkan oleh pemain-pemain yang berada di padang. Bayangkan pula sekiranya pemain-pemain dan referee tidak mahu menghentikan permainan, adakah anda akan terus memeluk erat bola tersebut daripada di sentuh oleh kaki-kaki permain tersebut? Mampukah anda melakukan berseorangan?


Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah sekalian,

Begitulah Islam di zaman moden ini. Sering menjadi sasaran umat-umat dan bangsa-bangsa yang tidak mahu Islam ini kembali tegak seperti mana yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Ana petik hadis dari Muhammad s.a.w:


Dari Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan dating mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”


Maka salah seorang sahabat bertanya: “Apakah kerana kami sedikit pada ketika itu?”


Nabi s.a.w menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerum terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan.”


Seorang sahabat bertanya: “Apakah wahan itu ya Rasulullah?”


Nabi lalu menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”


Hadis riwayat Abu Daud.


Disebabkan itulah, pentingnya kita menggabungkan diri dalam jemaah Islamiyah yang matlamatnya hanya untuk menegakkan daulah Islamiyah di atas muka bumi Allah ini.


Sebenarnya, segala bentuk pencemaran alam sekitar dan bencana alam yang menimpa manusia pada ketika ini adalah kerana Islam semakin diabaikan. Dunia kita ketandusan dan kehausan nur Islami yang dahulunya pernah mekar 2/3 dunia ini, subhanallah.


Oleh itu, ayuhlah para sahabat seperjuanganku! Mari kita sama-sama mengorak langkah membawa panji Islami di atas muka bumi ini. Semoga dengannya, daulah Islamiyah akan kembali tegak seperti dahulu kala.


Allahu Akbar! Allahu Rabbuna!