About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Wednesday, January 30, 2013

Baitul Muslim: Realiti & Fantasi



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kali ini penulis diberi kekuatan untuk menulis dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang dipinjamkan oleh Allah, untuk dimanfaatkan bersama. Sememangnya dalam sabda baginda Rasulullah s.a.w: “Yang paling baik di antara kamu ada yang bermanfaat kepada orang lain”

Insya Allah hari ini, penulis akan berkongsi satu tajuk yang agak berat tetapi ianya berlegar di masyarakat kita, terutama di kalangan mereka yang berpegang teguh dengan agama Islam dan beramal dengannya.

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menjadikan Islam itu sebagai ad-Din atau dalam bahasa mudahnya, cara hidup. Dalam firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya ad-Din (cara hidup) di sisi Allah adalah Islam”. Dalam hal ini, seharusnya kita beramal dan hidup dengan cara Islam kerana tidak dapat dinafikan bahawa Islam itu merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Sebagai seorang Muslim juga, hidup kita ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu:
i.                    Fardhu Muslim (Individu Muslim)
ii.                  Baitul Muslim (Keluarga/Rumahtangga Muslim)
iii.                Mujtama’ Muslim (Masyarakat Muslim)
iv.                Daulah Muslim (Negara Muslim)

Kempat-empat tingkatan hidup ini perlu di dalam diri seorang muslim. Timbul persoalan sekiranya ianya tidak mengikuti langkah dalam tingkatan tersebut, apakah dibolehkan. Seperti contoh, tingkatan yang kedua dilangkau dan terus kepada tingkatan ketiga. Ianya bergantung kepada individu tersebut. Namun, dalam keluaran kali ini tidak memfokuskan perbincangan kepada tingkatan hidup seorang muslim.


Baitul Muslim

Baitul Muslim merupakan satu istilah yang merujuk kepada pembinaan keluarga atau rumahtangga Islam. Perkataan ini diambil secara langsung dari Bahasa Arab iaitu Bait al-Muslim yang bermaksud rumah orang Islam. Baitul Muslim menggariskan beberapa kriteria dalam membentuk sebuat keluarga dan rumahtangga yang berdasarkan Islam itu sendiri.

Baitul Muslim sangat mementingkan dan menekankan perhubungan di antara pasangan atau lebih dikenali dengan istilah ikhtilat, iaitu batas dalam pergaulan. Oleh itu, Baitul Muslim ini seiringan dengan adanya orang tengah sebagai penghubung antara kedua-dua insan ini.


 Mengapa perlunya orang tengah?

Seharusnya, apabila dua orang insan, muslimin dan muslimat atau lelaki dan perempuan, ingin berbicara atau berbincang berkenaan perkara yang membabitkan masalah hati perlunya ada orang tengah. Kerana sabda Rasulullah s.a.w : Tidak berdua-duan lelaki dan perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”

Orang tengah merupakan satu entiti yang memudahkan proses-proses yang akan dilaksanakan sepanjang ke arah membina Baitul Muslim.

Orang tengah yang dilantik ini mestilah mempunyai beberapa kriteria yang membolehkannya untuk menjadi orang tengah. Antaranya:
  • ·         Amanah – terutamanya dalam menjaga kerahsiaan antara kedua-dua individu
  • ·         Dipercayai – dalam aspek menegur sekiranya kedua-duanya melampaui batas
  • ·         Baik akhlaknya dan teguh imannya
  • ·         Pandai memberi nasihat dan seorang yang senang dalam memberi pendapat.



Implikasi sekiranya tiada orang tengah.

Walaupun ‘melantik’ orang tengah ini kelihatan seperti remeh dan menyusahkan, namun implikasi terhadap ketiadaan orang tengah dalam menguruskan dua insan yang berlainan jantina dalam masalah hati amatlah besar.

Dengan adanya orang tengah, maka segala aktiviti-aktiviti yang berlandaskan nafsu seperti contoh ingin makan bersama dengan pasangan, akan dapat dielakkan. Tidak dinafikan, ada yang mengatakan bahawa orang tengah ini tidak perlu kerana kita mampu untuk menahan diri sendiri. Akan tetapi, sejauh dan selama manakah kita mampu untuk menahan diri kita? Apakah hati kita tidak akan terdetik rasa untuk menghantar mesej bertanyakan khabar si dia secara peribadi? Apakah kita mampu untuk menghalang diri, hati dan minda kita daripada merindui si dia? Kalau kita yakin 100% mampu untuk tidak mengalami sebarang masalah rindu, maka bolehlah kita mengatakan bahawa orang tengah ini tidak perlu. Namun, sebagai seorang muslim di akhir zaman kita perlu mengakui kelemahan dan kedhaifan diri kita.


Penekanan

Ada beberapa perkara yang ditekankan dalam Baitul Muslim secara umumnya. Perkara ini akan dihuraikan dalam bentuk situasi supaya mudah untuk difahami, in sha Allah.

i.                    Merisik
Dalam hal ini, mengambil contoh seorang lelaki atau muslimin berkenan kepada seorang perempuan atau muslimat, muslimin tersebut perlu menggunakan orang tengah dalam bertanyakan keadaan pada pihak muslimat. Pihak muslimin boleh bertanyakan kepada pihak muslimat berkenaan keadaan dirinya, apakah sudah berpunya atau belum melalui orang tengah tersebut. Sekiranya pihak muslimat mengatakan bahawa dia belum berpunya, maka orang tengah yang telah dilantik sebelumnya perlu menyedari bahawa kedua-dua insan yang diamanahkan kepadanya akan melalui peringkat seterusnya.

ii.                  Berkenalan
Di dalam Islam, tidak ada istilah yang dikatakan couple. Yang dibolehkan di dalam Islam adalah kita berkenal-kenalan sekiranya kita berkenan terhadap seseorang. Dalam konteks masyarakat sekarang, ianya lebih dikenali sebagai bertunang.

Dalam peringkat ini, kedua-dua individu dibolehkan untuk bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan diri masing-masing, sebagai contoh hal-hal yang berkaitan dengan keluarga, diri mahupun pekerjaan.

Dalam hal ini juga, peranan orang tengah amat diperlukan untuk mengelak sebarang persoalan dan perbualan yang melampaui batas.

Peringkat berkenal-kenalan ini mungkin mengambil masa sedikit kerana ianya diselangi dengan istikharah dan istisyarah iaitu pergantungan kepada Allah dalam membuat keputusan dan perbincangan sesama manusia berkenaan dengan keputusan yang akan dipilih. Dinasihatkan dalam membuat keputusan, hendaklah sabar dan jangan terburu-buru supaya keputusan yang akan diambil kelak tidak memakan diri.

iii.                Nikah
Sekiranya kedua-dua insan tersebut telah bersetuju untuk menjadikan diri masing-masing sebagai pasangan hidup, maka peringkat seterusnya adalah nikah. Islam tidak menggalakkan penganutnya untuk berkenalan atau bertunang dengan lebih lama kerana dikhuatiri akan adanya masalah hati yang lebih berat ataupun tidak sampai kepada nikah.

Di peringkat ini, perlunya kedua-dua insan berbincang dengan keluarga masing-masing. Orang tengah hanya membantu sekiranya kedua-dua pihak memerlukan nasihat dalam menangani keluarga kerana di peringkat ini, kedua-dua individu akan lebih banyak meluangkan masa bersama dengan keluraga masing-masing.


Isu di sekitar BM

Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, karena martabatnya, karena kecantikannya, dan karena agamanya, maka hendaklah engkau mendapatkan wanita yang baik agamanya”
Maka daripada hadis ini jugalah timbulnya beberapa isu yang berlegar di sekitar Baitul Muslim.
 
i.                    Perigi mencari timba
Istilah ini merupakan istilah yang timbul dalam adat Melayu yang sehingga kini masih lagi digunakan oleh beberapa orang yang sangat berpegang dengan adat. Memang di dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa “wanita itu dinikahi”, namun hadis ini boleh juga dipraktikkan oleh kaum Hawa untuk merisik ataupun melamar kaum Adam kerana hanya mereka yang tahu berkenaan dengan diri mereka. Namun, 4 ciri-ciri yang dinyatakan di atas tetap menjadi garis pandu dalam memilih pasangan.

Sekiranya istilah ini masih digunapakai sehingga ke hari ini dan masa depan, maka akan berlaku satu masalah yang melibatkan kaum Hawa iaitu lambakan wanita. Hal ini kerana, fitrah manusia sukakan kecantikan dan hampir kesemua kaum Adam pada hari ini hanya melihat yang cantik melebih agamanya, walaupun tidak semuanya sedemikian.

Lantas, seorang wanita juga boleh memilih seorang lelaki untuk dijadikan teman hidupnya. Persoalan yang mungkin timbul adalah berkaitan dengan kekurangan kaum Adam pada akhir zaman ini.

ii.                  Poligami
Istilah ini mendatangkan trauma dan rasa tidak selesa kaum wanita apabila mendengarnya. Namun, tidak dinafikan ada juga yang tiada masalah dengannya kerana tiada pilihan untuk mencari lelaki yang baik ataupun terpaksa.

Kemungkinan, seorang wanita terpaksa meletakkan dirinya untuk menjadi isteri yang kedua atau ketiga atau keempat kerana lelaki tersebut sangat baik akhlaknya dan juga seorang yang soleh. Di akhir zaman ini, tidak dinafikan bahawa teramat sukar untuk mencari lelaki yang soleh dan baik akhlaknya.

Ianya menjadi satu masalah apabila isteri pertama tidak menyetujui tindakan si suami untuk beristeri lagi sedangkan si isteri pertama itu masih lagi sempurna dan mampu untuk melahirkan zuriat.  Dalam situasi sebegini, kedua-dua belah pihak perlu bijak dalam berkomunikasi.
·         Si suami perlu akui bahawa sebarang kata-kata yang mungkin keluar dari mulut isterinya apabila isu ini diutarakan merupakan satu tindakan refleks atau secara tidak langsung. Si suami perlu juga menyedari bahawa si isteri tidak ingin berkongsi kasih.
·         Sekiranya wanita lain menginginkan suami kepada wanita lain, maka wanita tersebut seharusnya berbincang secara baik dan rasional dengan lelaki tersebut bersama dengan isterinya. Dalam hal ini, si suami perlu bijak iaitu dengan menyerahkan segala keputusan kepada si isteri. Biarkan wanita tersebut berbincang dengan si isteri kerana hanya wanita yang memahami hati wanita. Namun, perlu dipantau kerana dikhuatiri akan timbulnya pergaduhan. Walaupun dalam perbincangan tersebut si isteri tidak menyetujui niat wanita tersebut, akan tetapi mereka tidak akan bermusuh malah boleh berkawan seperti biasa.
·         Si isteri perlu juga memahami akan keadaan dunia zaman sekarang. Perkara ini agak sukar kerana walaupun si isteri faham akan situasi wanita lebih ramai daripada lelaki, tetapi tidak semuanya akan berasa selesa akan kehadiran orang ketiga. Maka, perbincangan dari hati ke hati dengan si suami perlu diadakan sebaik dan sekerap mungkin.

iii.                Memilih pasangan
Dalam hal ini, amatlah berat sekiranya kita meletakkan kecantikan luaran sebagai kriteria calon yang pertama. Berdasarkan pengalaman, ramai yang memilih kecantikan melebihi agama, meskipun kedua-duanya orang yang kuat agamanya. Seperti contoh, seorang lelaki akan terus berkenan kepada seorang wanita yang tidak kenali dan pertama kali dilihat olehnya, ditambah lagi dengan keayuan dan kecantikannya, meskipun lelaki tersebut merupakan seorang yang kuat ilmu agamanya. Memang, fitrah manusia sukakan kecantikan kerana Allah juga sukakan kecantikan. Tetapi, apakah sebelumnya kita juga menjumpai dan bersosial secara tidak langsung dengan wanita lain yang kuat agamanya tetapi tidak menyedari ‘kecantikan’ agamanya malah terus berkenan dengan wanita yang lebih cantik? Semua itu, tepuk dada tanya iman masing-masing.


Demikianlah tadi beberapa perkongsian yang penulis rasakan belum cukup untuk menjelaskan Baitul Muslim secara lebih mendalam, mungkin kerana masih lagi kekurangan ilmu ataupun belum diizinkan oleh Allah s.w.t. Akan tetapi, perkongsian ini diharapkan boleh memberi manfaat kepada pembaca.

Di sini, penulis ingin memberi nasihat kepada para pembaca yang dari pelbagai generasi.
·         Janganlah diadakan cinta sebelum adanya pernikahan, kerana cinta selepas nikah itu tersangat manis dan nikmat, melebih adanya cinta sebelum nikah.
·         Bentengilah diri dengan iman dan taqwa yang mendalam kepada Allah s.w.t kerana hanya dengan iman dan taqwa kepadaNya sahajalah yang mampu menyelamatkan kita dari godaan serta bisikan syaitan dan hawa nafsu.
·         Kepada pembaca yang sedang ‘ber-couple’ diharapkan supaya berhenti ataupun terus mengikat diri masing-masing dengan perhubungan yang sah.
·         Kepada para ibu bapa, sekiranya anak-anak anda meluahkan hasratnya untuk berkahwin, janganlah dimarahi akan tetapi mereka perlu diberi panduan supaya mereka faham akan erti perkahwinan tersebut. Sekiranya mereka mampu untuk menganggung segala ujian dalam perkahwinan meskipun mereka masih menuntut di menara gading, maka sokong dan bantulah mereka dalam membuat keputusan kerana perlu kita sedari bahawa dunia zaman sekarang amat kejam.
·         Bernikah di usia muda berkemungkinan boleh menjadi salah atau betul. Ianya salah sekiranya semuanya serba tidak kena. Sebagai contoh, tidak mampu untuk menanggung isteri, tiada perancangan yang rapi dan kemas dalam menghadapi hidup di alam rumahtangga. Dan ianya boleh menjadi betul sekiranya segala persiapan untuk menghadapi ujian yang bakal menimpa telahpun disusun dan disediakan dengan rapi dan kemas, diiringi dengan perbincangan bersama dengan kedua ibu bapa.
·         Perkahwinan bukanlah untuk sehari dua, akan tetapi sehingga ke hembusan nafas yang terakhir, bukan pula untuk memenuhi kehendak nafsu semata, akan tetapi merupakan satu ibadat kepada Allah.

Semoga bermanfaat kepada semua. Sebarang kekurangan atau kesalahan dalam penulisan amatlah dikesali lantaran kurangnya ilmu.

Apa yang baik semuanya dari Allah, yang lemah dari diri penulis yang hina. Hakikatnya kedua-duanya dari Allah s.w.t.

Sekian, wassalam.

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Allahu Rabbi, lama dah blog ni tak tersentuh. Jari jemari ni pun dah keras..huhu.. Tapi, insya Allah..akan cuba mempersembahkan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, hari ini umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya menyambut sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Rasul Junjungan mulia, kekasih Allah. Walaupun para ulama' mempunyai khilaf dalam menetapkan tarikh kelahiran baginda s.a.w, namun ianya bukanlah penghalang kepada kecintaan kita kepada insan mulia ini.

Hari ini, di kaca-kaca televisyen disiarkan program-program yang menarik sama ada secara langsung mahupun tidak. Lagu-lagu nasyid turut kedengaran di corong-corong radio dan juga MP3 :)

Di sini saya cuba kongsikan sirah-sirah yang mungkin pernah kita dengar atau baca sebelum ni, malah mungkin juga sebagai modal di dalam ceramah-ceramah, tazkirah atau usrah-usrah yang masing-masing buat. Hehehe :)

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian,
Kisahnya bermula daripada Nabi Ibrahim a.s yang mana pada ketika itu baginda mempunyai dua orang isteri iaitu Sarah dan Hajar. Hajar merupakan hamba wanita kepada Sarah. Namun, disebabkan Sarah belum berupaya untuk mengandung zuriat Nabi Ibrahim a.s walaupun mereka telah lama berkahwin, lalu Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim a.s mengahwini Hajar.

Hasil daripada perkahwinan Nabi Ibrahim a.s dan Hajar, maka lahirlah Nabi Ismail a.s. Pada awalnya, Sarah dan Hajar tinggal serumah. Setelah beberapa tahun, maka lahirlah Nabi Ishak hasil daripada perkahwinan Nabi Ibrahim a.s dan Sarah. Pada suatu hari, Sarah menyuruh Nabi Ibrahim membawa keluar Hajar dan Ismail a.s.

Hajar dan Nabi Ismail a.s ditinggalkan di tengah gurun padang pasir yang kering dan tandus, tiada bangunan dan tiada penempatan yang dinamakan Becca. Di sinilah terjadinya peristiwa Hajar berlari ulang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali dan juga penemuan Telaga Zam-Zam, hasil dari hentakan kaki Nabi Ismail a.s.

Daripada Nabi Ishak, maka lahirlah keturunan Nabi Ya'qub dan bangsa Bani Israil yang mana Nabi Yusuf a.s. juga merupakan keturunan Nabi Ya'qub. Bermula dari sinilah para anbiya' berketurunan Bani Israil. Manakala daripada Nabi Ismail a.s maka lahirlah qabilah-qabilah, bani-bani yang hubungannya sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Daripada sirah ini, dapat kita lihat bahawa keturunan Nabi Muhammad s.a.w daripada silasilah yang baik. Dalam hadis baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim,

"Sesungguhnya Allah memilih Ismail dari anak Ibrahim, memilih Bani Kinanah dari Bani Ismail, memilih bangsa Qurasiy dari Bani Kinanah, memilih Bani Hasyim dari bangsa Quraisy dan memilih aku cari Bani Hasyim."

Sesungguhnya, sesiapa yang mencintai Rasulullah s.a.w maka dia juga mencintai Allah. Sama-samalah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak, insya Allah.

Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad..


Sunday, January 15, 2012

Bangun (",)

Assalamualaikum..

Guys..kali nie aku nak share ngan korang satu lagu yang boleh wat korang tak nak tido..hehehe... Tajuk lagu pun dah menggambarkan yang penyanyi ni tak suruh kite tdo.. Penyanyi lagu nie ACAB, satu kumpulan band underground..(amek mane yang baik je ye..)

Kalau korang hayati betul-betul lirik lagu nie, korang akan jumpe maksud tersirat yang sangat dalam.. Try to listen to it walaupun tak kne ngan jiwe korang..hehehe... :)

Ok..kat sini aku letak lirik lagu n link ke you tube untuk video n lagunye.. So..enjoy it.. :)

Bangun

Cuba renungkan hari ke hari
Malapetaka di sana sini
Bencana datang dan juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi
Kita masih di awang awangan
Berkhayal dengan kemewahan
hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan

Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini
Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi...

Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari...

Bangun..dari tidur
Bangun...orang timu
http://www.youtube.com/watch?v=ceBqEv6ZWoU&feature=related


Friday, January 13, 2012

Manusia Macam Bunga

Assalamualaikum wbt..

Pe kabar korang sumerr? Huhu..sori la ek..semalam aku out station la..tempat tu lak takde intenet. Pasal tu la blog ni terabai buat seketika..huhu.. Tapi walau apapun, i'm back! :) Kali ni aku nyer post jiwang-jiwang sikit..hehe... Dari tajuk nyer pun korang dah leh agak la kot..hehe..

Orite..aku teruskn ea..

Korang penah tak lalu tepi-tepi jalan kat mane-mane jalan kat Malaysia ni? Hahaha..mestilah penah kan.. Soalan cepu emas kot..Haa...tu bukan soalan utama aku... Yang aku nak tanye korang kat sini adelah...jeng jeng jeng...

PENAH TAK KORANG ADE RASE NAK TENGOK BUNGA-BUNGA KAT TEPI JALAN TU...?

Kalau korang ade rase macam tu..perrgghh..aku salute la..hehe.. Korang la yang terbaik, satu dalam beribu..hehehe..

Bukan ape, biasenye, bunge-bunge tu orang malas nak pandang dah.. Sebab ape, dari jauh lagi dan nampak..betul tak? Ade ke orang yang beria-ia nak tengok dekat-dekat n satu-satu bunge tuh? Kalau ade pun..berape orang je yang nak buat macam tu..huhu.. Lebih ramai yang lalu lalang je..

Haa...korang dapat bayangkan tak? Bunge yang banyak-banyak tu same la macam kite ni umat manusia...(time aku cakap cenggini ngan member aku, die kate aku ni giler..menyamekn manusia dengan bunge..huhu..)Sebab ape? Sebab manuisa ni terlalu ramai.. Macam bunge tadi.. Dah, kalau bunge tu banyak, kite tak de mase nak tengok sumer..betul tak? Kite HANYA TENGOK BUNGA YANG CANTIK n MENARIK je..kan kan kan?? Contohla...dalam banyak-banyak bunge yang kaler putih, tetibe ade satu bunge kaler hijau (ade ke bunga kaler hijau?huhu) bunge mane yang kite tengok? Confirm sekali bunge hijau tadi kan..sebab ape, sebab die sorang je hijau yang lain putih..tambah lagi kalau kite ni tak penah tengok bunge kale hijau..hehe.. :) jangan marah..analogi je...

Dah kalau kite ni manusie yang berjuta-juta nie..korang rase camane Tuhan nak tengok kite? Hehehe..soalan kontroversi sekali lagi.. Memang la Tuhan tu Maha Melihat..tak terlepas walau sikit pun dari penglihatanNya..maksud aku kat sini adelah...macam mane kite ni nak tarik perhatian Tuhan ni..supaye kite nie sentiasa jadi perhatian?hehehe..jom pk same2..

Nabi kite kan...die penah cakap..die kate..orang yang paling baik di antara kite ni adelah yang paling bertaqwa.. Member aku yang budak pondok tu cakap..taqwa nie maksudnye kite takut dengan Allah..seolah-olah kite berhati-hati dalam melakukan setiap tindakan sebab kite rase kite ni diperhatikan oleh Allah..

Ha..maksudnye sini..kalau kite ni tarik perhatian Allah, kite kenalah bertaqwa..beriman tu wajib la.. Same jugak analogi yang aku bagi tadi.. Kalau bunge tu kalernye lain dari bunge-bunge yang ade di sekeliling die, confirm sangat-sangat la kite akan tengok bunge yang lain dari yang lain tu kan..Haa..same la kesnye..huhu..

huhu..poning eden..huhu.. (T,T)

takpela..kalau korang ade pa pe yang tak paham..tanye USTAZ AZHAR IDRUS :) hehe..takut nanti tanye aku korang jadi makin tak paham..hehe..

ok..aku nak out dulu ye..ade idea lain, aku publish post baru..

Assalam.. :)


Korang tengok bunga yang clear tu atau yang blurr tu?hehehe... (^,^)


Wednesday, January 11, 2012

Aku Tak Puas Hidup Doe...

Assalamualaikum..

Wahhh...rindunye nak menarikan jari jemari jantan ku atas keyboard ni..huhu.. Ni post aku yang first utk hari nie..huhu.. Sori guys, intenet lembab n lambat lak hari nie.. Korang sumer pe kabar nye? Harap sihat walafiat la ye..

Ok, going to my point.. ('',)'

Petang tadi lepas je abes solat asar, aku lepak jap kat surau ngan mamat-mamat surau yang stay lagi kt surau tu.. Ade yang buat hal masing-masing, ade yang bercakap-cakap pasal jam..hehe.. Ade yang bace quran, ade yang duduk je..yang berzikir pun ade.. Mestila, name pun surau kan..hehe..

Ok, bile kite sebut je pasal surau atau masjid, aku berani jamin n confirm dalam kepala otak kite mesti akan terbayang orang yang sedang sembahyang, berzikir, n bace quran..betul kan..? Korang tak hairan ke nape kite akan terbayang macam tu? Huhu..kontroversi sikit soalan nih.. Nape kalau kite sebut je pub, kelab-kelab malam kite akan terbayangkn suasana yang penuh dengan maksiat? Nape ek? Jawab sendiri...hehe..

Tadi time aku lepak-lepak..ade la sorang mamat nie kate.. "Aku tak puas hidup la.." Perrgghhh.. Terkejut beruk aku.. Aku bermonolog (pergh..sastera pulak...) sendiri.."Nape la mamat ni tanye aku macam ni, die ni manusie ke dah mati?huhu.." Aku terus je la tanye mamat tu balik apesal..

Die jawab, macam nie... "Aku nie selalu je g lepak-lepak ngan member, ngan pompuan, ngan awek-awek.. Aku g sane, g sini, g sinun.. Aku merempit, aku pegi kbox n macam-macam tempat lagi aku pegi.. Tapi aku pelik..aku tak puas lagi hidup.." Aku mule tengok mate die bergenang ngan air mate (ye la..tak kan air milo pulak...)

Aku diam je... Aku tunggu kot-kot die nak sambung.. Tapi betul, die memang nak sambung...

"Ko rase, nape aku macam ni? Ko tau tak, orang kate aku beruntung sebab hidup bebas.. Awek senang nak carik sebab handsome, duit banyak, famili senang.. Ko nak tau nape aku lepak-lepak, merempit n buat bende-bende yang lain tu? Sebab AKU TAK PUAS IDUP doe..(setelah membisu seminit..) Tapi bile aku datang surau petang nie, aku rase puas je.. Tak macam biase.. Biasenye aku g kbox kalau aku tension.. G lepak ngan awek, tengok wayang n banyak lagi.. Tapi aku x jugak ok..makin tension ade gak..(die dh mule nangis dah..)"

Tibe-tibe la kan..ade sorang mamat ni tengok aksi kiteorang.. Lepas je bagi salam die terus menyampuk.. Die kate die dengar ape yang member aku luah kat aku.. Die kate..

"Bro... Hidup kite ibarat perjalanan.. Cube korang tengok ye.. Kalau kite naik kete, dari Batu Pahat ni nak ke Perlis la katekan.. Logik tak kite ni jalan straight je tanpe masuk simpang..? Atau, logik ke kite nie x penat..drive tanpe henti? Atau..logik ke kete kite sentiasa full tank? Tak perlu jawab, sebab jawapan die tak logik kan..? (aku ngn member aku blurr...) Macam tu la idup kite ni bro.. Takkan penah jauh dari dosa.. Kalau kite nie first time drive sendiri dari BP ke Perlis, confirm kite sesat, betul? Macam tu la..kadang-kadang kite sesat.. Bezenye, ade yang sesat jauh, ade yang belum sesat lagi dah sedar.. Camne kite nak elak sesat? Mestila kite tengok signboard atau kite bawa map sendiri...tengok kat google map ke..atau kite tanye orang.. Dalam hidup kite, kite perlu pade kawan-kawan, perlu juge pade panduan... Dalam Islam, panduan kite al-Quran dan sunnah nabi, tak lain tak bukan..dan kite perlu cari kawan-kawan yang baik akhlaknye untuk bimbing kite ke jalan yang betul.. Jadi macam nie la...Saye tahu bro nie ade rase menyesal..jangan risau, tu tandenye ALLAH MASIH SAYANG..Die kan penyayang..tak macam kite..kalau adik kite salah sikit terus nak tengking..tapi Allah tak..Die yang cipte makhlukNye, Die jugakla yang tunggu makhlukNye untuk kembali kepadaNye.."

Time tu aku tengok member aku tu dah lesu n lemah giler-giler..menanges je dari tadi.. Aku sebak jugak sebab aku nie pun lebih kurang same je ngan member aku tuh.. hurmm...suasana sayu menyelubungi kami seketika.. Tak lame lepas tu, mamat tadi pun blah sebab die ade keje nak buat, katenye la.. Member aku lak masih menangis.. Tak lame lepas tu, die p basuh muke n terus blah.. Aku tak tau hala tuju member aku tuh.. Tapi aku masih stay di surau lagi..

Aku terpikir kate-kate mamat tadi.. Memang menusuk kalbu betul..tambah lagi mukenye tenang, berjanggut kambing sejemput..hehe.. Korang bayangkan sepanjang perjalanan dari BP ke Perlis tu..mesti banyak bende kan yang akan kite tengok..hurmm..

Jadi guys, hidup ni perjalanan.. Jangan pandang belakang :) teruskan perjalanan..jap, aku letak gambar nie supaye kite leh bayangkan maksud hidup ini perjalanan..hehehe...


Time nie aku naik moto member aku... Sementara tunggu turn, gatal lak tangan nak snap kejap..hehe..


So, enjoy your whole day with your God in your heart and all your time.. :)

Salam...


Aku amek lirik lagu Perjalanan sikit..heheh..In-Team feat Ustaz Akhil Hayy...

Tuesday, January 10, 2012

Burung Marah a.k.a Angry Bird

Assalamualaikum..

Haha..confirm korang penah dengar kan pasal ANGRY BIRD.. Kalau kte translate ke dalam Bahasa Melayu yang tercinta ni name die BURUNG MARAH..huhu.. Lari betul dari matlamat asal..hehe.. Korang penah main tak game ni..? Mesti penah kan..? Pada yang penah tu aku dapat confirmkan korang tersenyum sekarang kn..hehehe.. Takpe..senyum, tak perlu kata apa-apa.. :)

Aku pun main gak game ni.. keh keh keh.. (^.^)

Angry Bird ni satu game yang paling aku suke selepas Need For Speed Carbon ngan Counter Strike..huhu.. Bagi aku, game ni memang terbaik giler.. Seriously aku cakap.. Best giler..huhu.. Game ni sebenarnye mengisahkan pasal sekumpulan burung yang aku xtau namenye.. Yang aku tau color burung tu je..hehe.. Ade merah, kuning, hijau, biru, putih n hitam..



Ni screen shot yang aku amek time aku main..hehe..jgn jeles.. :p

Setiap sekor burung tu ade kelebihan masing-masing.. Nak diceritekn kat sini.. Burung yang kaler merah tu biase je.. Yang kuning tu lak, kalau kite click time die terbang, die leh sprint tetibe je..pastu die redah je ape yg kat depan die.. Yang kaler biru, yang ni paling kecik... Species ni jenis yang ade jurus macam ninja tu..yang boleh jadi banyak..tapi die boleh pecah 3 jerk..huhu.. Yang kaler hijau lak, jenis ni yang boleh jadi boomerang kalau kite click die time die ngah terbang..Kaler putih ni boleh berak bom n yang hitam lak boleh jadi bom.. Korang tembak je kat mane..dorang akan letupkan walau ape pun..

Karakter jahat dalam ni adelah sekumpulan babi hijau yang poyo..hehe...

Aku tertarik ngan game ni sebab banyak bende positif yang aku dapat.. Yang aku tulis kt dalam ni mgkin antara beberape bnde positif daripada banyak-banyak bnde yang positif sal game ni..

1. Game ni mengajar aku macam mane nak carik kelemahan pihak lawan.. Kalau korang perasan, bukan membunuh pihak lawan yang memuaskn dalam game ni (kalau korang penah main la..), tapi yang paling memuaskan adalah bile tahu kt mane part pihak lawan ni lemah..point mane yang boleh jatuhkan dorang..

2. Game ni jgk ngajar aku gunekan semaksimum mungkin tenaga yang kite ade.. Dalam game ni, kalau dah disediakn 5 ekor burung, maka itu je la yang tenaga yang ade walau banyak mane pun pihak lawan..

3. Dalam hidup berkumpulan, perlunya organisasi atau penyusunan human resources.. Setiap sekor burung ade kelebihan sendiri yang tidak dimiliki oleh burung lain.. Jadi amat penting jika setiap burung itu diletakkan pade part yang sesuai..

Tu antara yang aku dapat dari game ni la.. Banyak lagi sebenarnye.. Tapi, kalau korang nak tau korang main la sendiri..baru korang dapat feel n tau sendiri..hehe..

Ok..aku dah kering modal nak taip ape nih..huhu... Nanti aku taip lagi ye...

Salam..
**tengah carik idea lain..huhu...**



SHARING IS LOVING

Assalamualaikum...

Wah..hari yang cantik dan indah sekali..oppss..silap daa.. Alhamdulillah.. :)

Baik, hari ni seperti biasa..sebelum buka buku untuk aku revise balik silibus sebelum masuk dewan petang nie..aku suke sangat-sangat la nak sharing ngan kengkorang sumerr.. Kan ke sharing is caring..?hehe.. Aku tambah sikit.. SHARING IS LOVING :)

Korang pernah bace tak ayat ni dalam al-Quran? Ayat ni aku amek dari surah Ali Imran ayat ke 109..pastu aku tengok maksudnye seperti yang ade kt bawah gambar tuh..meh bace same-same..


Setiap insan (makhluk yang bernyawa) pasti akan merasai mati

Perrgghhh.... Terkedu aku bile bace terjemahan ayat tu..huhu.. Sape yang kate ni? Tak lain tak bukan menstilah Tuhan kite..huhu.. Kalau dah Tuhan yang kate mcm tu..ape lagi..wajib la ke atas setiap makhluk..huhu..

Cube korang tengok orang-orang tua sekarang ni..oppss silap lagi..warga emas (^,^).. Mesti ade yang kate.. "Biasela nak..menunggu je ni.." Ape yang dorang tunggu sebenarnye..?huhu.. Aku rase korang pun tau kn jawapannye...huhu..

Alah..sedangkan budak berusia baru beberapa hari pun boleh meninggal..ape lagi kite ni yang berusia 20-30 tahun..

Bro n sis..

Bukan aku nak berhujah mengenai mati ni.. Tapi main point aku adelah INGAT MATI..huhu.. semalam aku dengar ade member aku cakap (member aku ni confirm boleh dipercayai la kehebatan ilmu dalam bab agame..budak pondok kot..) Nabi ade gtau kat sahabat-sahabat dulu...nabi kate ape, nabi kate..orang yang paling bijak dalam dunia nie adelah orang-orang yang sentiasa ingat mati dan beramal untuk bekalan selepas mati..

Pergh..orang paling bijak doo.. Korang bayangkan.. Member-member kite yang dapat 5A dalam UPSR, 8-9A dalam PMR dan seumpamanya sehinggalah anugerah dekan n canselor dalam kampus masing-masing, dorang belum tentu lagi bijak kalau dorang LUPA MATI.. nak aku tembak lagi?kih kih kih.. cukupla kot..

Kalau kite ni selalu ingat mati, confirm-confirm kite ni dinaik pangkat jadi orang paling bijak..huhu.. Anugerah dari Allah tu..bukan nye dekan yang bagi..hehe..dekan pun belum tentu bijak kalau lupe mati..(mati aku kalau dekan tau..huhu..)

Tapi..knape ek nabi kate macam tu.. Ok, analoginye senang (huhu..ni la yg jadi kalau aku dh naik syeikh..huhu..) Kalau kite tau tarikh n mase serta tempat kite untuk jawab paper final yang giler-giler la susah..confirm kite bukak buku b study gempak-gempak kan..? Ye la..mau tak nye kalau tetibe otak blank time nak jawab..huhu.. Kite akan amek mase berjam-jam pulun abes-abes nak skor n jawab final nanti.. Bile kite dah dapat jawab, result pun cemerlang..kite akan digelar sebagai ORANG YANG BIJAK... Haaa...macam tu la kot kalau kite ni INSAN PENGINGAT MATI..perghh ayat, over pulak...hahahaha.. (^_^)

Kate member aku yang budak pondok tu lagi..bukan mati itu yang kite takut.. Kerana orang beriman sentiasa merindui pertemuannya dengan Allah.. Ape yang kite takut adelah bagaimana keadaan kite lepas mati..iaitu dalam kubur dan juge di hari akhirat nanti..sebab MATI BUKAN PENAMAT, IANYA SATU PERALIHAN DUNIA..(eh jap, aku highlight balik..ni ayat member aku..huhu...)

Ape-ape pun..kite tetap juge akan mati ek.. Dunie atau insan mane yang tak akan mati..yang tinggal kelak hanyelah Allah yang Esa..ye betul..takde sape-sape yang akan tinggal lepas tiupan sangkakala kedua melainkan Allah..selepas tiupan sangkakala yang kedua, malaikat Israfil (malaikat yang ditugaskn utk tiup sangkakala..) akan dicabut nyawanye oleh Allah... Fuuhh berdegup kencang pulak jantung aku nih..huhu...

Ok la bro n sis..aku rase aku nak buka buku balik la..hehehe (ayat tak leh blahh..) Kalau korang rase isi aku tak cukup..let me know by commenting on my post ye...

Wa undur diri dlu..

Salam...
**tak nak pakai zass lagi dah..huhu**

Ingat mati ingat sakit..
Ingatlah saat kau sulit..
Ingat-ingat hidup cuma satu kali...

Berapa dosa kau buat?
Berapa kali maksiat?
Ingat-ingat sobat ingatlah akhirat..

Cepat ucap ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM..

::pinjam lirik lagu wali band jap..huhu::

Monday, January 9, 2012

Cantik...Memang Cantik..

Assalamualaikum..

Weyh korang..korang pernah tak dalam hidup korang tengok pemandangan yang palin indah n cantik sekali..? Pernah tak? Mesti pernah kan..name pun manusia.. Mesti pernah tengok nyer la.. Kalau tak pantai, awan.. Kalau tak awan, langit.. Kalau tak langit, bintang.. Kalau tak bintang, pulau.. Macam-macam lagi la...

Ni aku nak share ngan korang sumer nih.. Tadi lepas je aku keluo (slank muar sikit..huhu) dari dewan exam petang tadi..aku terus la gi masjid nak solat asar.. Time tu kire dah lewat gak la..huhu..nak wat camane gak kn.. Aku gi masjid sebab nak solat asar..huhu.. Yela, takkan la nak melepak lak kan..

Lepas aku solat tuh, aku lepak-lepak la kat side belakang masjid tu.. Dalam mase aku lepak tu, kat depan mate kepala aku sendiri aku tengok satu pemandangan yang giler indah + cantik.. Cantikk gilerr wa cakap lu.. Nak tengok? Nih...


Cantik kan..? Ni aku amek gune kamera nset nokia X2-01 aku yang cikai ni jer.. Tu la nampak noise sikit..huhu.. Ade lagi... Sat noo..

Mesti korang pelik kan.. Kenape la mamat ni kate cantik.. Hehe..Gambar yang atas sekali tu cantik sebab lighting nyer jer.. Aku ingat leh wat gambar siluwet (betul ke nih..huhu..) Sekali tengok tak leh daa.. Gambar yang bawah tu cantik sebab..semua orang duduk antara dua sujud..hehe.. Jarang kite tengok sekumpulan orang mude macam mamat-mamat yang kat dalam gambar tu..huhu..aku mintak maaf la gune gambar korang yer..huhu.. BTW, tak nampak pun muke korang..hehehe... :)

Cantik kan kalau gambar-gambar orang solat ni.. Tapi lagi cantik kalau kite sendiri yang solat berjemaah :) Heheh...melawak je..

Okeyh..nak sambung study lak..esok ade paper lagi...isk isk isk..

Salam...

**Jom solat berjemaah (^,^)**



Perghh!!! Biar Betik??

**post ni aku update malam tadi..tapi internet pulak lembab..so..terime la seadanye :)**

Assalamualaikum bro n sister.. (^.^)

Sementara menunggu mood untuk bukak buku, aku bukak blog jap..ni pun baru bukak muka buku..hahaha.. :)

Malam yang hening nie, laju pulak jari jemari aku ni menari atas key board netbook aku ni..huhu.. Idea pun mencurah-curah ke ladang gandum..(ape kaitan ni..?ni bukan ke quote dalam iklan koko krunch??huhu)

Ok la..tak nak buang mase k..malam ni aku nak share kat korang sumer pasal kes aku kat surau tadi..huhu..tapi sebelum tu aku nak share bende lain jap..

Start dari subuh tadi sampai la ke isya' tadi, aku jadi rajin ke surau..(alhamdulillah..kih kih kih :P) So, malam nie aku rase tenang giler..ye la..mau tak tenang kalau solat 5 kali sehari semalam tu cukup..tambah lagi ngan solat jemaah..huhu...so ni aku nak ajak korang-korang sumer untuk solat di surau ye :) best doohh..

Ok, aku teruskan dengan niat yang asli lagi original..takde hot n spicy..hehe...

Tadi, lepas je aku solat isya', aku tengok sorang member ni. Die dok sorang-sorang je.. Mule-mule tu aku kat belakang die..so aku tak nampak la ape yang dibuatnye.. Bile aku gerak sikit ke depan..aku tengok perghh... Muke tenang gilerr la..sambil mulut die terkumat kamit berzikir..kat tangan die pulak ade tasbih.. Dalam hati aku..aku cakap "Ni manusia ke malaikat??huhu" ye la..korang bayangkan, dah la aku berdua je ngan member tu, aku pulak geng kaki lepak di fb je.. Tapi seriously, aku tengok mamat tu rase tenang pulak..makin tenang rase..

Pastu, tetibe je die bukak mata n senyum kat aku..terkejut beruk aku!! (camne beruk terkejut??)

Die bagi salam..aku terus je jawab salam die.. Pastu die suh aku duduk dekat ngan die.. Die tanye aku, "Nak dapat hadiah tak??".. ah sudah.. Mamat ni biar betik..tetibe je nak bagi hadiah ni..

Tanpe aku ucap pa pe..die terus sambung.. Die kate..hadiah ni senang je dapat.. Aku tanye la hadiah ape.. Die jawab hadiah dari Nabi Muhammad.. Aku bertambah pening.. ok, ni ayat die..

"Kalau kite berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w walau sekali, nabi akan berselawat ke atas kite sebanyak 10 kali. Tau macam mane selawat? Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi muhammad.. Cube banyangkan kalau nabi berselawat ke atas kite.. contohlah name kite ni Ahmad, bunyi selawat tu mungkin macam ni.. Allahumma solli ala ahmad, wa ala alihi ahmad.. Best kan kalau nabi yang berselawat atas kite? (sambil die tengok aku..senyumannya buat aku senang n tenang..) Kalau lah sultan atau perdana menteri Malaysia ni sebut name kite n bagi hadiah kat kite secara personal..ape kite rase? Best tak..(aku angguk je...) Jadi, kalau nabi yang bagi hadiah kat kite secara direct n sentiasa sebut name kite, kite bangga tak?" katanya sambil tersenyum...

Aku tak percaya ape yang jadi ngan aku malam ni.. Biar betik kalau kite selawat ke atas nabi sekali, nabi akan selawat ke atas kite sepuluh kali..wow!! amazing..

Die sambung lagi.."Semua para sahabat cemburu dengan kita umat akhir zaman ni..sebab ape? Sebab kite saudara nabi Muhammad sedangkan para sahabat hanyalah sahabat.. Sesungguhnya, saudara itu lebih rapat dari sahabat.."

Aku pun terkelu lidah... Memang Allah nak tunjukkan kat aku yang Dia Maha Besar malam ni..terpacul dari mulut aku kalimat SUBHANALLAH..

Jadi kawan-kawan..jum kite berselewat ke atas Nabi Muhammad s.a.w banyak-banyak.. Ya Allah..kalau korang tengok muke member tu tadi..aku rase korang pun jatuh hati kot..huhu..nasib bek aku ni laki n dah kawen :)

Ok..aku rase that's all kot..dah kul 10 lebih dah..aku nak buka buku pulak..aku highlight lagi ye..buka buku, bukan muka buku..huhu..

Ok...zass...


**Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi Muhammad....**
:::(^,^):::

Sunday, January 8, 2012

Exam Oh Exam (huhu..)

Assalamualaikum..

Sekadar ingin berkongsi perasaan..huhu..susah giler aku nak paham subjek core ni..ni aku nak rehat minda jap dengan berblogging..huhu..aku nak share something semasa aku tengah study dengan input yang melambak macam air ni..huhu..

Korang perasan tak? Kalau time exam ke, final ke, mesti kite pulun giler-giler kan..? Semata-mata nak dapat result gempak dalam exam.. Biase la..lumrah hidup kan.. Sape yang tak nak result gempak.. Mesti bangga giler la wa cakap lu..

Tapi dalam keghairahan study ni, kepala otak aku yang botak ni tibe-tibe fikir pasal exam yang masih menanti..huhu.. Kalau exam tu atas paper tak pe jugak.. Kalau exam biase hanya menentukan kejayaan kite di dunia semata-mata, tapi exam ni bukan sahaja menentukan kejayaan di akhirat, tapi juge kejayaan kita di mahsyar..huhu..ntah nape lak aku tibe-tibe pk sal bnde ni..tapi aku nak share gak..

Kalau exam yang berlandaskan peperiksaan semata-mata, kita ade buku atau latihan yang boleh dijadikan bekalan atau persediaan untuk menjawab exam tersebut. Kalau exam yang sebenarnya exam macam mane pulak? Ade ke latihan untuk kite lulus exam tu nanti..ha..ni la aku nak habaq kat hangpa ni..

Untuk menjawab exam yang ditakuti, kite ade disediakan jawapan dan juga latihan.. Hanya dari diri kite sama ada mahu membuat latihan tersebut atau tidak.. Analoginye la.. (pergh..power giler ayat aku) dalam exam SPM la katakan..salah seorang penulis soalan SPM telah memberi soalan bocor kepada para pelajar. Korang rase ape para pelajar ni wat? Mesti la study soalan bocor tu kan? Wajib bagi dorang untuk study soalan bocor...sape tak nak SPM gempak bai..hehe..

Macam tu jugaklah yang sebenarnya berlaku, cume kite je yang tak tau mane satu soalan bocor yang telah diberikan.. Ustaz aku kate dulu (ustaz yang ngajar aku la..huhu), Allah dah bagi jawapan bagi setiap persoalan yang akan ditanya di dalam kubur kelak. Malah Allah dah bagi pun buku panduan untuk kite berjaya di akhirat n di mahsyar kelak. Terkejut aku..betul ke macam tu?? So aku tanye la ustaz tu..sempoi je die jawab..pergh...die jawab macam ni:-

"Buku panduan untuk kite lulus exam ni adelah AL-QURAN al-karim.. Mane ade buku panduan selengkap al-Quran.. Jawapan kepada persoalan kite dalam alam kubur kelak adalah amal ibadah kite, nak nak lagi solat" (kate-kate ustaz yang ngajar aku dulu)

Perghh..korang bayangkan, kalau subjek tu jenis menghafal, mesti kite xmakan semata-mata nak ngapal jawapan atau formula bagi subjek tu kan.. Tapi kalau subjek AKHIRAT ni jarang pulak kite nak ngapal nye..huhu..ngapal ape? ngapal surah dalam al-Quran la..huhu..

Mati pulak tak tau ble..tapi sembahyang tak pernah penuh..kalau penuh pun tak pernah berjemaah, kalau berjemaah pun tak penah cukup, kalau cukup pun tak pernah khusyuk, dan kalau khusyuk pun tak pernah 5/5 solat berjemaah itu tadi yang khusyuk..huhu..serta merta aku muhasabah balik..

Ni aku nak gtau korang la..KORANG DAH SEDIA KE JAWAPAN BAGI FINAL NANTI?huhu..kalau aku ni, memang kne banyak lagi latihan ni..huhu..bukan latihan je, malah kena lagi banyak bukak buku panduan (buku teks ke, modul ke..same je..huhu..)

So..jom same-same kite skor exam dunia n exam akhirat...opps, tambah lagi 1 exam mahsyar..huhu..npe aku cakap macam tu...?

Akhirat ni time kite dimatikan nanti..Mahsyar pulak time kite dibangkitkan semula..Akhirat tu time dajjal laknatullah datang..same ade kite jauh dari fitnah dajjal atau termakan dengan fitnah dajjal (nauzubillah..).. time di Mahsyar pulak same ade kite ni berat dalam timbangan amal atau dosa..huhu..aku pun tak dapat bayangkan..huhu..tapi sama-sama la kite perbaiki diri dan juga orang lain..

ok..aku nak sambung study lak..zass

**ayat tu macam ayat ustaz lak..hehe..aku copy ayat ustaz tempat aku belajar jer..sekadar nak berkongsi...huhuhu**