About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Wednesday, December 8, 2010

Pertemuan Itu...

Salam..sekarang dah masuk hari ke 8 dalam bulan 12 tahun 2010..pada jam 4.05 pagi..huhu..

Tidak terfikir ku akan pertemuanku dengan seorang kawan pada petang tadi, selepas Asar sebelum Maghrib tadi merupakan pertemuan yang penuh dengan muhasabah kepada diriku.

Pada mulanya, ku kira pertemuan itu hanya sekadar pertemuan yang dengan niat untuk mengajar kawanku beberapa perkara tentang Microsoft Power Point 2007 (bukanlah aku seorang yang pakar dalam Power Point) dan juga tersentuh sedikit mengenai Adobe Photoshop.

Namun, selepas mulut terhenti berkata-kata mengenai tajuk sebenar pertemuan tersebut, timbul beberapa persoalan dan luahan daripada kawanku.

"Sedihlah tengok kawan sebelah tu..aku dah try nak pujuk dia supaya solat dan jaga waktu solat..tetapi dia seolah-olah tidak mengendahkan kata-kata aku"

Terkejut tidak terkira. Masih ada (dan sememangnya akan ada) umat Islam di bumi tempat ku neimba ilmu ini yang terlepas daripada kesan dakwah aku dan beberapa orang memberku.

Ayat pertama yang keluar daripada sanubariku adalah "HIdayah itu milik Allah". Ya, memang benar. Kerana hidayah itu tidak hanya kepada umat Islam semata-mata.

Hidayah itu milik Allah dan hanya Dia sahajalah yang berhak memberi hidayah itu kepada insan yang pilihanNya.

Lalu kawanku menyambung untuk bertanya: "Sejak bila ye ko ni terlibat dengan gerak kerja Islam?" Soalan yang menyentak hati dan imanku. Ya Allah, aku lupa bila hidayahMu datang dan menyinari hati ini!

Aku cuba menyelusuri sejarah kehidupanku sebelum usia ku menemui jalan dakwah ini. Ku singkap satu persatu dan ku ceritakan kepada kawanku bahawa semua ini merupakan ketentuanNya jua.

Dipendekkan cerita, azan Maghrib membawa kami ke rumah Allah yang berdekatan. Namun, perbualan kami tidak terhenti di situ. Pertemuan kali ini diaturkan dan bertempat di warung makan. Cuma kali ini, topik perbualan agak rancak dan hangat.

Aku memulakan perbualan dengan pertanyaan: "Pernah tak dengar kenyataan daripada beberapa individu yang mengatakan bahawa suatu hari kelak kerajaan Malaysia akan berubah wajah dan akan dipimpin oleh mahasiswa yang mempunyai kesedaran akan Islam pada masa sekarang?" Lalu kawanku menjawab: "Ya!"

Tersenyumku dibuatnya, lalu perbualan menjadi lebih rancak. Antara isi perbualannya adalah mengenai mahasiswa, kepimpinan kerajaan dan politik semasa, juga menyentuh beberapa isu semasa seperti kenaikkan harga minyak dan beberapa barangan keperluan yang lain.

Apa yang ingin ku cuba sampaikan di sini bukanlah berkaitan dengan pertemuan itu, tetapi sesuatu yang telah ku pelajari dari dulu lagi tetapi baru kini ku sedar.

Terima kasih ku ucapkan kepada kawanku walaupun apa yang diperbualkan sepanjang pertemuan tadi sesuatu yang tidak dirancang kerana semuanya ketentuan Allah. Syukur ku ucapkan kepadaNya kerana hanya Dia lah yang memberi segala nikmat, hidayah dan petunjuk ke arah yang benar..

Wallahu'alam.

Tuesday, November 23, 2010

Facebook



Salam. Hari ni terasa nak sentuh tentang isu yang sedang dan semakin hangat bermain di minda (dan kepala otak) semua rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.

Facebook a.k.a FB

Mengapa? Salahkah ber'facebook'? Alamak..ada yang respon macam tu la. Macam mana nak balas ni??

Menggunakan laman sosial secara maya bukanlah dihalang sama sekali. Malah, tidak dikatakan facebook ini mempunyai hukum tersendiri dalam Islam. Ianya menjadi haram sekiranya ianya melalaikan individu muslim tersebut sentiasa menghadap facebook (lebih dikenali FB) dan mengabaikannya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kalau ada hukum haram, mesti ada hukum wajib kan? Jawapannya, tidak semestinya. Menggunakan FB untuk tujuan dakwah juga merupakan langkah yang bijak dalam uslub dakwah iaitu, alternatif lain untuk berdakwah.

Namun perlu diakui, dalam berdakwah menggunakan FB, jarum-jarum syaitan sentiasa banyak dan tajam dalam menghasut para da'ie kelahiran FB. Jadi, kenalah berjaga-jaga ye.

Bukan itu tujuan asal saya mengeluarkan entri berkaitan dengan FB kali ini. Tetapi, ingin mengutarakan persoalan demi persoalan yang kurang dan sukar untuk dijawab oleh akal yang pendek ni.

Seringkali kita 'menjenguk' ke FB kawan-kawan atau orang lain, seksyen pertam akan kita lihat adalah gambar atau "Photo". Bila melihat gambar-gambar yang berkenan di hati, mulalah jari-jemari dengan ringannya menaip komen-komen yang pada mulanya berkaitan dengan gambar tersebut. Tidak kurang jugak terdapat komen yang berbentuk pujian dari kawan terhadap gambar tersebut.

Apa yang menyedihkan, ada gambar atau album yang penuh dengan 'pose-pose' (bukan puasa) para kaum Hawa yang pelbagai sudut kamera dan juga gaya pengambilan gambar. Malah, ada yang selama ini tidak pandai menggunakan kamera atau tidak biasa dengan gambar sendiri menjadi pandai dalam sudut pengambilan gambar (pergghh!!)

Tambah menyedihkan gambar-gambar tersebut bila dipuji, pemiliknya menjadi galak dengan pujian walaupun pujian itu berbentuk yang 'miang', 'gatal', atau sewaktu dengannya, Astaghfirullah al-azim.. Tidak perlu dinyatakan siapa, cukuplah kita melihat profile FB kawan-kawan kita.

So, macma mana kita nak 'settle'kan perkara ni? (aduh! susahnya pikiq!) Semuanya bergantung pada individu tersebut. Pernah juga dapat pengalaman menegur beberapa kawan-kawan dari jantina Hawa tentang isu macam ni, tapi jawapannya:

"Lantak aku la! Hang sapa nk teguq aku?!"
"Alah..biasala tu.. Jangan risau la"

...dan bermacam-macam lagi..

Tidakkah mereka sedar dan tahu bahawa gambar-gambar mereka mudah dan senang (mudah ngn senang tu ada beza ka?? :p) untuk di'save' oleh siapa-siapa yang melihat profile mereka. Mereka sendiri yang 'menghantar' gambar mereka untuk menjadi tatapan mereka yang tidak selayaknya menatap gambar-gambar tersebut. (belum lagi cerita tentang gambar yang dedah aurat dan tak senonoh sampai menjelirkan lidah!)

Saya tengok FB ni dah jadi macam album kenangan dah. Bukan tempat untuk bersosial. Rugi la orang-orang yang menjual album gambar di luar sana (macam dulu-dulu la). Sekarang ni dah tak perlu kepada album sebab FB dah ada (macam-macam ada).

Hah! Tu baru cerita tentang gambar, belum lagi isu 'chat' di FB. (aduh......penat pala otak den!)

Walauapapun, sekadar perkongsian. (boleh komen di blog ni @ FB saya ek :P)

Tepuk dada tanya iman (eh, bukan selera ke? <-------ni persoalan yang tak sepatutnya!)

Wallahualam.


Facebook @ FB yang semakin digilai

Wah! ni barulah facebook!!

FACEBOOK ke MUKABUKU?? (bukan direct translation ke??)

Monday, November 22, 2010

Pemimpin Dipimpin

Salam.. Pelikkah tajuk di atas? Bagi yang pertama kali mendengar memang kedengaran agak dan sangat pelik. Kenapa pula dikatakan pemimpin dipimpin, selalunya pemimpin memimpin.

Ya, memang pemimpin itu memimpin. Mereka memimpin orang-orang di bawah mereka, dan juga diri mereka sendiri. Tetapi, mengapa dikatakan pemimpin dipimpin?

Ianya bukanlah kenyataan, tetapi ia merupakan satu kata-kata yang membawa pengharapan kepada pemimpin zaman sekarang. Pemimpin zaman sekarang memang diakui mereka semuanya pandai memimpin. Tetapi tidak dinafikan ada di antara mereka yang tidak tahu dan tidak mahu dipimpin. Bagaimana pemimpin dipimpin?

Perkataan 'dipimpin' itu bukanlah merujuk kepada orang atau individu untuk memimpin pemimpin. Tetapi ia merupakan satu kata pinjam yang paling sesuai untuk digunakan. 'Dipimpin' yang saya maksudkan di sini adalah pemimpin tersebut ada pengisian Islam atau agama dalam kepimpinannya, iaitu dia dipimpin oleh agama iaitu Islam dalam segala dan segenap tindak tanduk dan tingkah laku serta keputusannya dalam kepimpinan.

Jadi, pemimpin dipimpin merupakan pemimpin yang dipimpin oleh Islam, bukanlah dipimpin oleh insan lain.

Janganlah kita terlalu memilih pemimpin yang hanya pandai memimpin tetapi tidak mahu dipimpin kerana sudah pasti pemimpin yang seperti ini akan menimbulkan masalah kepada pimpinan yang akan datang.

Wallahualam..

Sunday, November 21, 2010

Syukur

Alhamdulillah..segala puji diserahkan peada yang Maha Esa kerana masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam. Setinggi kepujian dipanjatkan kepada Sang Pencipta sekalian alam yang tidak ada tandingan penciptaannya, subhanallah.

Manusia...sering kali lupa untuk mengucapkan syukur kepadaNya, tetapi apabila mendapat pertolongan dari insan lain mereka tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih. Mengapa? Jawapannya senang sahaja, kerana kita dapat lihat insan itu di depan mata kita, tetapi tidak bagi Allah.

Kita tidak dapat melihat dan merasa bantuan Allah, malah kita sememangnya tidak dapat melihat Allah, tidak seperti manusia lain.

Keenggganan kita untuk melafazkan kesyukuran menunjukkan keangkuhan kita kepadaNya, nauzubillah. Syukur yang paling kecil adalah mengucapkan alhamdulillah, manakala syukur yang paling besar adalah menggunakan segala nikmat yang diberi olehNya ke arah jalan yang diredhainya.

Contohnya, nikmat tubuh badan yang sihat hendaklah kita gunakan untuk beribadat kepadaNya, bekerja ke arah jalan yang diredhaiNya. Nikmat harta yang banyak hendaklah kita infakkan atau sedekahkan kepada insan yang memerlukan sebagai tanda kesyukuran kita. Nikmat ilmu yang ada pada kita, sebagai tanda kesyukuran kita, hendaklah kita kongsi bersama dengan masyarakan sama ada melalui perkongsian lisan, tulisan dan cetusan idea untuk membangunkan semua tamadun Islam di muka bumi.

Bersyukur merupakan tanda adanya iman di dalam hati seseorang insan.

Wallahualam.

Saturday, November 20, 2010

Kenapa Ada Yang Baik & Buruk?

Suatu ketika terlintas di fikiranku satu persoalan yang tidak diduga akan muncul dalam akal kurniaanNya.

"Kenapa Allah s.w.t ciptakan ada orang baik dan ada orang jahat?"
"Kenapa dalam Islam itu ada orang yang baik @ beriman dan ada orang yang jahat @ fasik?"

Persoalan ini terus bermain dan berlegar di kepala otak ku menyebablan aku terhenti berfikir tentang akademik. Satu persoalan yang entah datangnya dari mana tetapi memerlukan jawapan yang sangat-sangat munasabah.

Apa ye jawapannya? Aku membayangkan sekiranya persoalan ini diajukan kepadaku oleh seorang non-muslim atau yang baru mengenali Islam. Mampukah aku menjawabnya? Ya Allah..terasa ilmu ini amat cetek sekali.

Suka aku sampaikan satu cerita yang aku dapati daripada salah seorang sahabat tabligh:

Nabi Musa a.s merupakan kalamullah iaitu nabi yang boleh bercakap secara langsung dengan Allah s.w.t. Suatu hari, Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah s.w.t; "Ya Allah! Mengapa Kau ciptakan orang yang beriman dan orang yang fasik?" Persoalan itu tidak dijawab oleh Allah s.w.t.
Suatu hari, ketika Nabi Musa a.s sedang berjalan-jalan, baginda a.s terlihat sebuah kebun bunga yang cantik. Lalu diambil akan baginda a.s beberapa bunga yang cantik-cantik. Lalu Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Musa a.s; "Wahai Musa! Mengapa engkau memilih bunga yang cantik sahaja? Kenapa engkau tidak pilih semua sekali?" Nabi Musa a.s pun menjawab; "Sudah menjadi lumrah manusia inginkan kepada kecantikan dan kebagusan" Lantas Allah s.w.t membalas; "Begitulah jugalah Aku. Aku memilih orang-orang yang beriman sahaja untuk menerima hidayahKu dan masuk ke dalam syurgaKu yang penuh dengan nikmat"

Begitu jawapan dari Allah. Tetapi ianya masih belum menjawab persoalanku. Memang riwayat tersebut ada kaitan dengan persoalanku. Tapi, aku masih belum jumpa perkaitannya.

Wallahualam..

Kenangan Ukhuwah di Aidiladha


Apabila beraya di perantauan, hanya sahabat-sahabatlah yang menjadi adik-beradik kita. Walau ke mana ingin bersama.






Friday, November 19, 2010

Kita Adalah Insan


Saban hari kita menjalani kehidupan sebagai seorang manusia biasa. Ada yang dengan karenah dan ragam tersendiri. Malah, tidak dinafikan jugak ada yang menjalanai kehidupan semewah-mewahnya mengikut kerjaya yang dimiliki, dan ada juga yang menjalani kehidupan seadanya lantaran kekekangan dan kekurangan dalam kehidupan.

Tetapi, apakah kita sedar walau apa jua cara kehidupan kita semuanya adalah tidak mencerminkan kehidupan kita di akhirat? Hebat di dunia tidak semestinya hebat di akhirat. Hebat di akhirat semestinya dia adalah hebat di dunia, walaupun dia tidak pernah mencapai tahap seorang yang berada.

Selama kita hidup di dunia, kita telah tertipu dan terpedaya dengan keindahan dan kenikmatan dunia yang fana' ini, melainkan mereka yang dipelihara oleh Allah akan hati dan iman mereka.

Ramai umat manusia, malah umat Islam sendiri, lupa, alpa, leka dan lalai akan status atau kenyataan "kita adalah insan". Apabila disentuh mengenai konsep ketuhanan, ramai yang cuba mengelak, tidak dinafikan ada yang berminat.

Kenapa dan mengapa? Persoalan yang mudah yang akan dijawab dengan mudah. Jawapannya adalah bergantung kepada sejauh mana iman itu bertapak di hati, sejauh mana akal itu dipelopori oleh iman dan takwa.

Dunia dan akhirat ini tidak jauh bezanya. Sepertimana yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w bahawa dunia dan akhirat ini jaraknya seperti dua jari yang bersebelahan. Betapa dekatnya dunia dan akhirat.

Apapun, kita sedar bahawa kita adalah insan yang menumpang atas muka bumi Allah ini, dan dunia ini hanyalah tempat kita menabur benih keimanan untuk dituai hasilnya di akhirat kelak.

~Selamat beramal~



Thursday, April 22, 2010

Allah Maha Esa




Wahai Ahli Kitab!
Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu
dan
janganlah kamu mengatakan terhadap Allah
kecuali yang benar.
Sesungguhnya
Al-Masih Isa putera Maryam itu
adalah utusan Allah
dan (yang diciptakan dengan)
kalimatNya yang disampaikanNya
kepada Maryam
dan (dengan tiupan)
roh dariNya.
Maka berimanlah kepada Allah dan Rasul-rasulNya
dan
janganlah kamu mengatakan
"Tuhan itu tiga"
berhentilah (dari ucapan itu)
Itu lebih baik bagimu.
Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa,
Maha Suci Dia dari (anggapan) mempunyai anak
MilikNya-lah apa yang ada di langit
dan
apa yang ada di bumi
dan cukuplah Allah sebagai pelindung.

~an-Nisaa' : 171~


Susahkah Menjadi Muslimah @ Wanita Islam?

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn perempuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua: Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.

Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya
.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

MasyaAllah…
Demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……?
Masih merasa tidak adil?
Masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah dan berbanggalah menjadi seorang Muslimah!!!
Bersama-sama menjadi perhiasan dunia dan bidadari syurga wahai MUSLIMAH..


Wednesday, April 21, 2010

Kerajaan vs pembangkang : Siapa pilihan anda?

Pada masa sekarang isu pilihanraya sedang hangat diperkatakan. Yang terbaru adalah isu yang sedang menimpa Hulu Selangor di mana pihak kerajaan mengumumkan calon mereka dari kalangan bukan bangsa Melayu (kerana kerajaan memperjuangkan bangsa dalam pentadbiran mereka).

Manakala dari pihak pembangkang, penerimaan secara baik calon yang dahulunya daripada pihak kerajaan, walaupun calon tersebut telah difitnah dengan beberapa fitnah yang mana apabila dfikirkan memang tidak layak untuk bertanding.

Semua itu bukanlah isu yang berat. Tetapi apa yang lebih berat adalah bagaimana seorang pemimpin itu memimpin dan memikul amanah yang tergalas di bahunya.

Jika kita tengok dan singkap kembali ciri-ciri seorang pemimpin yang patut dipilih dalam pentadbiran mahupun gerak kerja. Yang pertama adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah iaitulah dari kalangan umat Islam sendiri. Merujuk kepada ciri ini, salah satu tanda-tanda kiamat akan berlaku adalah pemimpin yang dilantik bukan dari kalangannya. Membawa maksud, sekiranya pemimpin tersebut bukan dari kalangan yang beragama Islam bagaimana mungkin dia akan membawa orang yang dipimpimnya kea rah jalan yang Allah telah sediakan (bukan undang-undang manusia yang sediakan).

Cirri pemimpin yang kedua adalah memimpin berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini jelas bagi pemimpin yang akan memimpin dilantik dari kalangan umat Islam itu sendiri. Andai kata seorang pemimpin itu bukan dari kalangan umat Islam, secara kasarnya dia jauh dari landasan al-Quran dan as-Sunnah.

Kita sebagai umat Islam haruslah sensitif dalam isu pemilihan pimpinan ini. Hal ini kerana dengan pimpinan itulah negara akan maju dan berjaya di dunia mahupun akhirat.

Sekiranya benar pimpinan kerajaan yang ada sekarang merupakan pimpinan yang betul, mengapa ada pertikaian mengenai kerajaan ini seperti mana yang berlaku di Sabah? Dan sekiranya benar pihak pembangkang ini sentiasa membangkang dan salah , mengapa setiap kali pilihanraya mereka mempunyai tempat di mata masyarakat? Mengapa pihak pembangkang tidak pernah keluar di kaca televisyen apabila ada benda kebaikan yang dilakukan oleh mereka?

Fikir-fikirkanlah, antara kerajaan dan pembangkang, siapakah pilihan anda? Sekiranya kerajaan pilihan anda, adakah mereka telah melaksanakan amanah dengan baik BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH? Sekiranya anda tidak memilih untuk pembangkang, adakah mereka layak untuk dipanggil pembangkan andai hala tuju dan matlamat mereka jelas untuk memartabatkan Islam dan membawa Malaysia untuk menjadi negara Islam yang benar-benar berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah?

Fikir-fikirkanlah…



Ketika di usia yang muda, 19 tahun, Kota Konstantinopel jatuh di tangan Sultan Muhammad al-Fateh setelah 800 kali cubaan yang telah dilakukan

Secoret Coretan

Saban hari berlalu. Mengingatkan diri yang semakin alpa dan leka akan keindahan dunia yang sementara. Seringkali, terpacul di bibir ini "Masih adakah cinta Allah di dalam hati ini?"

Sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian,

Terfikirkah kita bagaimana jika hidup ini tanpa cintaNya yang suci? Atau adakah kita hanya mampu memikirkan bagaimana hidup ini tanpa cinta insan yang diberikan melalui ibu, ayah, keluarga, suami mahupun isteri? Semua cinta tidak akan kekal selamanya, melainkan cinta itu, cinta seorang anak kepada kedua-dua ibu dan ayahnya kerana Allah, cinta seorang isteri yang solehah kepada suami yang soleh dan sebaliknya yang mana juga kerana Allah.

Hanya cinta kerana dan kepada Allah akan membawa kita ke syurgaNya yang hakiki dengan syarat segala perintah kita kerjakan dan laranganNya kita hindarkan.

Kini, ramai umar manusia yang jauh dari cinta Ilahi walaupun mereka menyedari akan kewujudan Allah yang Esa, Yang Maha Agung. Timbul rasa kesal dan kasihan melihat golongan yang sebegini berpeleseran di kota-kota yang membangun. Terasa amanah sebagai khalifah ini tidak layak untuk ditanggung bersendirian. Terasa ingin menarik sahabat-sahabat itu bersama dalam perjuangan ini. Tetapi, ilmu yang kurang menyebabkan kekalahan ketika berhujah, hanya doa yang mampu dipanjatkan.

Andai Malaysia ini mengejar kejayaan di bumi Akhirat, tanpa mengabaikan fardhu kifayah, ana pasti Malaysia ini berjaya di mata dunia secara keseluruhan dengan ber'title'kan daulah islamiyah. Namun, amat menyedihkan apabila urusan agama dipisahkan dari urusan pentadbiran sedangkan ada ulama di dalam barisan pimpinan kerajaan itu sendiri.

Andai cinta Allah diletakkan dalam pentadbiran daulah, insya Allah pertolongan Allah pasti datang sepertimana diriwayatkan dalam sirah Sultan Muhammad al-Fateh yang telah berjaya menakluk Kota Konstantinopel suatu mas dahulu pada usia yanhg sangat muda, jauh lebih muda dari barisan pimpinan yang mentadbir Malaysia pada hari ini.

Di mana kekuatan seorang yang berusia 19 tahun ketika Kota Konstantinopel berjaya dibuka? Tidak lain tidak bukan hanyalah dari cinta yang sangat mendalam kepada Allah dan RasulNya.

Moga bermanfaat kepada semua... Wallahu'alam

Assalamualaikum.

Tuesday, April 20, 2010

Subhanallah...Hebatnya Engkau Ya Rabbuna..

"Cuba teka.........????"
"Ranting @ ulat????"
"Daun @ mentadak..?"

"Daun kering..? @ rama-rama..?Subhanallah.."

"Bukan hanya daun kering.."

"Sahabat-sahabat nampak tak? Bukan hanya daun..Tengok betul-betul..."


Subhanallah..sememangnya, banyak lagi rahsia alam yang kita tak tahu..
Jangan fikir apa yang kita tidak nampak di mata itu tidak wujud
dan
Jangan fikir apa yang ada di depan mata itu adalah yang hakiki

Ya Rabb..
Agungnya Engkau
Pencipta sekalian alam..
Engkaulah Sang Pencipta dan Sang Pencinta
Pulangkan cinta kami hanya padaMu

Isu Semasa

Assalamualaikum..

Dalam kita meniti kehidupan seharian, seringkali kita terlupa, leka dan alpa akan adanya nikmat Illahi yang tak terhingga. Setiap hirupan udara yang mengandungi oksigen yang masuk ke dalam paru-paru kita merupakan nikmat dariNya, apatah lagi bila setiap hembusan itu mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita iaitu karbon dioksida.

Nikmat yang paling agung adalah nikmat Iman dan Islam yang mana kedua-duanya merupakan syarat kita untuk ke syurgaNya, walaupun diawal perjalanan kita di Mahsyar kelak bermula dengan pelbagai suka dan duka malah tidak pernah kita bayangkan sekalipun. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Esa, Allahu Rabbuna. Alhamdulillah.

Dunia saban hari mengecam masyarakat dengan pelbagai bencana alam yang seharusnya disedari semuanya bermula dengan tindakan manusia yang semakin rakus mengejar kekayaan dan kejayaan duniawi sehingga mengabaikan apa yang lebih penting bagi masa kini dan masa depan,

Lihat sahajalah, segala bencana alam yang berlaku pada masa kini semuanya berada di tempat di mana maksiat berleluasa, perintah Allah diabaikan, larangan Allah dikerjakan dan segala yang mungkar dilakukan dengan senang hati tanpa penyelesalan yang hakiki.

Bukan itu sahaja, isu buang bayi yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia umumnya, dan dari kalangan umat Islam yang berada di Malaysia khususnya, tidak ada yang berna membanteras secara terang-terangan, malah ada yang menjadi dalang di sebalik kejadian yang berlaku.

Apakah kita lupa bahawa hidup kita bukan sahaja di dunia ini semata-mata? Apakah kita merasakan bahawa dunia ini kekal buat selama-lamanya? Adakah kita lupa bahawa MATI itu PASTI dan akan datang masa kita menghadapNya suatu hari kelak?

Setiap manusia akan dipersoalkan dan yang paling banyak dipersoalkan adalah para pemimpin yang telah diamanahkan untuk memimpin masyarakat ke arah yang lebih baik. Sekiranya pemimpin tersebut tidak mengabaikan urusan agama dan pentadbiran secara keseluruhannya, saya yakin, pasti dan percaya Malaysia tidak akan dibanjiri dengan anak-anak yang lahirnya tidak berbapa.

Tetapi apa yang menyedihkan, ada di kalangan pihak yang bertanggungjawab tidak melaksanakan amanah yang telah disandarkan ke atas bahunya sejak dari detik pertama beliau dilantik menjadi 'pemegang amanah'. Siapa yang makan cili, dialah yang akan merasa kepedasannya.

Suka saya bawakan sepotong ayat al-Quran:

"Wahai orang yang beriman! Mengapakah kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan? Besar kebencian di sisi Allah akan apa yang kamu katakan tetapi tidak kamu lakukan"
~as-Soff : 3 & 4~

Segala apa yang baik, saya sandarkan ke atas agungnya khaliq, Maha Suci Engkau ya Allah. Manakala segala yang buruk, saya sandarkan ke atas diri yang hina, dina dan dhaif ini. Hakikatnya keduanya daripadaMu ya Rabbi.

Wallahu'alam.

Sunday, April 18, 2010

Langkah Mujahid Menuju Syahid


Umar al-Mujahid as-Sarawaki

Dari idolaku

“Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar”.
~Khalifah ‘Umar al-Khattab~

Beberapa Petikan Kata-Kata Pujangga Umar Bin Abdul Aziz.


1) “Sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. Justeru itu, sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup di dunia untuk menempuhi perjalanan ke alam akhirat.”

2) “Wahai manusia! Bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak selain daripada neraka dan syurga, di mana kalian semua akan menuju ke arah salah satu di antara keduanya kelak.”

3) “Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya waktu solat. Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan solat kerana tugas-tugas duniawinya nescaya syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya.”

4) “Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga.”

5) “Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut.”

6) “Sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh menusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh mereka.”

7) “Celakalah bagi sesiapa yang kepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya.”

8) “Perbanyakkan olehmu mengingati mati dan persiapkanlah bekalan akhiratmu sebaik-baiknya sebelum ajal menemui kalian kerana sesungguhnya memperbanyakkan mengingati mati akan menjauhkan hati daripada terpesona dengan kelazatan dunia.”