Suatu ketika terlintas di fikiranku satu persoalan yang tidak diduga akan muncul dalam akal kurniaanNya.
"Kenapa Allah s.w.t ciptakan ada orang baik dan ada orang jahat?"
"Kenapa dalam Islam itu ada orang yang baik @ beriman dan ada orang yang jahat @ fasik?"
Persoalan ini terus bermain dan berlegar di kepala otak ku menyebablan aku terhenti berfikir tentang akademik. Satu persoalan yang entah datangnya dari mana tetapi memerlukan jawapan yang sangat-sangat munasabah.
Apa ye jawapannya? Aku membayangkan sekiranya persoalan ini diajukan kepadaku oleh seorang non-muslim atau yang baru mengenali Islam. Mampukah aku menjawabnya? Ya Allah..terasa ilmu ini amat cetek sekali.
Suka aku sampaikan satu cerita yang aku dapati daripada salah seorang sahabat tabligh:
Nabi Musa a.s merupakan kalamullah iaitu nabi yang boleh bercakap secara langsung dengan Allah s.w.t. Suatu hari, Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah s.w.t; "Ya Allah! Mengapa Kau ciptakan orang yang beriman dan orang yang fasik?" Persoalan itu tidak dijawab oleh Allah s.w.t.
Suatu hari, ketika Nabi Musa a.s sedang berjalan-jalan, baginda a.s terlihat sebuah kebun bunga yang cantik. Lalu diambil akan baginda a.s beberapa bunga yang cantik-cantik. Lalu Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Musa a.s; "Wahai Musa! Mengapa engkau memilih bunga yang cantik sahaja? Kenapa engkau tidak pilih semua sekali?" Nabi Musa a.s pun menjawab; "Sudah menjadi lumrah manusia inginkan kepada kecantikan dan kebagusan" Lantas Allah s.w.t membalas; "Begitulah jugalah Aku. Aku memilih orang-orang yang beriman sahaja untuk menerima hidayahKu dan masuk ke dalam syurgaKu yang penuh dengan nikmat"
Begitu jawapan dari Allah. Tetapi ianya masih belum menjawab persoalanku. Memang riwayat tersebut ada kaitan dengan persoalanku. Tapi, aku masih belum jumpa perkaitannya.
Wallahualam..
hidup ini pilihan..
ReplyDeletedan kita perlu memilih..
hidayah semua orang dapat..
semua dapat..
tapi tawfik..
hanya sedikit shj yang memilihnya..
tawfik ni sesuatu yg perlu kita cari bukan sesuatu yg kita perlu tggu Allah bagi..
kita kena mencari bukan menunggu
ada yang jahat tahu apa yg dia buat tu jahat
see, hidayah dah ada disebalik tahunya dia itu
tapi manusia..
manusia..
tidak mengejar tawfik itu..
kerana?
ganjaran bukan secara cash..
manusia klu cash n nmpk dengan mata baru la nk buat..
manusia angkuh
sombong dengan kebodohan..
beruntunglalh orang2 yg mengejar tawfik dan memperolehinya..
setuju sgt...
ReplyDelete