About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Thursday, April 28, 2011

Allahu Allah


"Ya Allah..beratnya uijan yang Kau timpakan ke atas aku..mengapa sebegini ujiannya Ya Allah.."

Astaghfirullah! Ampunkan dosaku ya Allah. Tidak sepatutnya aku mengatakan yang sedemikian rupa. Aku hambaMu ya Allah. Mengapa aku persoalkan takdirku yang sememangya telah ditentukan olehMu.

Aku hambaMu!
Aku hambaMu!
Aku hambaMu!
Engkau khaliqku ya Rabb...

Aduh! Lemahnya diri ini tanpa hidayah dan inayah dari Mu ya Tuhan. Engkau Tuhan yang Esa, tiada dua tiga dan seterusnya selepas Engkau. Engkau tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

Ya Allah..bersalahnya rasa diriku mempersoalkan keagungan dan kekuasaanMu ke atas diriku. Ampun ya Allah..saat ini, terngiang-ngiang lirik lagu Insan yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Rabbani...

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaanNya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan aku
Saling perlukan..oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana..
Ya Allah..jauhkan aku daripada berburuk sangka kepadaMu...amin...

Kepastian

Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-team
http://liriknasyid.com


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah




~lagu best!! uhuhuhu..~

Cinta Monyet vs Kahwin: Siapa yang menang di akhir zaman ini??

"Haiiyyaa...wa pikir-pikir..wa pening woo...olang lain mau kawin, tapi lu olang main-main cintan cintun ni sampai bila mau ini macam??"
Tersentak aku dibuatnya! Apa tidak, kita sedang menikmati kopi petang dengan pisang goreng dikejutkan dengan jeritan seorang pak cik berbangsa Cina kepada pasangan kekasih di depan meja tempatku sedang menjamu selera petang. Mataku tidak berkedip bila melihat 'drama' free depan mataku..

Setelah pak cik tu berlalu pergi, aku cuba untuk mencuri dengar perbualan pasangan kekasih tersebut.

Si lelaki: Gelabah la pak cik tu..lantak kite la nak dating kat mane. Yang dia menyibuk apesal!! Mind your own bisnes sudah!
Si perempuan: Ha'ah..entah pa pe entah. Bukannya kita kacau dia pun. Mak bapak kita pun bagi kita keluar petang ni. Ayoo..orang macam ni pun ada zaman macam ni ka??

Perghh!! Kalau pak cik tu dengar dialog depa tu, memang kena penampor gamatnye..Aku mula berfikir tentang 'drama' free sebentar tadi. Ada satu yang tidak kena dengan masyarakat sekarang ni.

Terngiang-ngiang di kepalaku akan ayat yang baru aku dengar "Mak bapak kita pun bagi kita keluar petang ni. Ayoo..orang macam ni pun ada zaman macam ni ka??" Wah! Mak bapak pun bagi keizinan kat anak perempuan mereka untuk bersentuhan dengan lelaki. Hurm..tidak hairanlah isu buang bayi berleluasa. Orang tua pun benarkan anak-anak mereka berkasih sayang tanpa ada ikatan yang sah terlebih dahulu. Hurm..orang dah anggap cinta monyet ni perkara normal dah sekarang.


Teringat aku akan satu cerita kawanku sendiri. Dia berkeinginan sangat untuk mendirikan rumahtangga. Bila aku teliti satu per satu, dia sememangnya sudah layak untuk bergelar suami. Tapi apa yang menyedihkan, keluarganya menghalang niat suci murninya itu.

Mulai saat itu, hati aku berasa pelik. Kenapa?? Sebab..ada ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk bercinta dengan orang lain tanpa ada ikatan yang sah, tetapi ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin dengan alasan anak tersebut belum layak untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Persoalannya..MENGAPA ADA PANDANGAN SEPERTI INI???

Mengapa ada ibu bapa yang seolah-olah menyokong 'maksiat couple' dan menghalang syariat Islam itu sendiri. Apa yang menyedihkan semuanya adalah daripada keluarga Islam.

Pelbagai alasan akan diberikan sekiranya si anak mengutarakan niat untuk berkahwin. Antaranya:

1. Si anak masih lagi punya tanggungjawab yang perlu dipikul iaitu keluarga.
2. Si anak perlu meneruskan pelajaran sehingga tamat.
3. Si anak hendaklah mempunyai kerja yang tetap dan gaji yang tinggi sebelum berkahwin.
4. Si anak kenalah balas jasa kedua orang tua sebelum berkahwin.

Semua alasan di atas mungkin telah pun dihadapi oleh mereka yang mempunyai niat suci untuk berkahwin tetapi dihalang oleh keluarga. Tidakkah ibu dan bapa tersebut memikirkan JIKA MEREKA DIHALANG PADAHAL MEREKA SUDAH BERSEDIA, APAKAH KESAN BURUK KEPADA MEREKA?? Kemungkinan anak tersebut memendam perasaan yang amat mendalam sehingga putus niat untuk berkahwin, atau lebih teruk lagi melakukan perkara yang lebih buruk.

Sikap seperti ini haruslah diubah di kalangan kedua-dua ibu dan juga bapa. Sekiranya anak itu sudah layak dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, maka sokong dan berilah panduan kepadanya, bukan menghalang niatnya!

Berkaitan dengan hak, balas jasa, ekonomi dan sebagainya, semua itu terletak pada kekuasaanNya. Malah Nabi pun menggalakkan umatnya berkahwin walaupun tidak mampu, kerana sekiranya tidak mampu, Allah akan menolong hambaNya. Rezeki bukanlah urusan kita untuk menentukan banyak mana yang mampu kita kaut di dunia, tetapi itu semuanya atas urusan Allah dan bergantung kepada usaha kita. Apakah selepas berkahwin, anak-anak tidak boleh membalas jasa kedua orang tuanya? Siapa kata tidak boleh?? Perkahwinan bukan memutuskan hubungan anak dengan keluarga dan orang tua mereka, malah ianya menghubungkan silaturahim dan kasih sayang antara dua keluarga. Tetapi amat menyedihkan bilamana ada ibu bapa yang tidak faham akan perkara ini.


Rasionalnya, perkahwinan merupakan ubat mujarab bagi mengurangkan gejala isu dan masalah sosial yang melanda umat manusia akhir zaman ini. Pilihan terletak di tangan kita, sama ada ingin meneruskan hubungan tanpa matlamat yang jelas atau tidak, dan juga terletak pada kedua ibu dan bapa untuk menentukan yang terbaik untuk keluarga mereka. Jika mereka menghalang anak mereka untuk berkahwin, maka seharusnya bercinta tanpa matlamat amatlah perlu dihalang sekiranya ia dialami oleh anak-anak mereka.

Hanya insan biasa

Wallahualam...

Ujian


"Ya Allah! Susahnya soalan exam tadi..Aku rasa macam tak study apa-apa pun..argghh!!!"

Seringkali kita terdengar ayat seru di atas apabila kita melangkah kaki keluar dari dewan peperiksaan, malah mungkin juga kita sendiri yang melafazkan ayat seperti itu.

Pernahkah kita terfikir? Ramai insan-insan yang bergelar pelajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal dan akan dihadapi, apatah lagi dengan dorongan dan sokongan daripada kedua ornag tua dan yang tersayang sehingga ada yang berjanji akan diberi hadiah sekiranya keputusan yang bakal diperolehi ibarat menggali lombong emas.

Sekiranya keputusan yang diperolehi kurang memberangsangkan, maka kekecewaan datang bertamu. Lalu, terciptalah satu drama antara si anak dengan orang tuannya. Si anak hanya pasrah dengan kekecewaan orang tuanya manakala orang tuanya seolah-olah lebih menyayangi gred atau keputusan si anak berbanding dengan ilmu dan pengalaman yang si anak perolehi.

Begitulah yang seringkali terjadi dalam kalangan masyarakat zaman ini. Semuanya inginkan kepada kesempurnaan. Ramai yang memandang kepada ujian di dunia semata-mata sehingga mengetepikan ujianNya dan juga ujian yang bakal menimpa kita suatu hari kelak di akhirat.

Ramai yang risau sekiranya mereka mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam mana-mana ujian atau peperiksaan, tetapi ujian untuk kita jawab di akhirat dan alam barzakh kelak sudah ramai yang mengabaikannya.

Persediaan untuk mengahadapi ujian berbentuk tulisan dan kertas sememangnya telah dibuat secukupnya sebelum hari peperiksaan berlangsung. Alangkah bagusnya jika kita BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI UJIAN TERBESAR IAITU MATI. Kerana pada ketika itu, kita tidak dapat untuk meniru jawapan orang lain. Jawapan kita pada tika itu adalah bergantung pada iman, takwa dan amal kita. Keputusannya juga diberikan pada ketika itu, tidak seperti keputusan ujian peperiksaan di dunia.

Oleh itu, letakkanlah AKHIRAT DI DEPAN MATA, DUNIA DI BAWAH DAGU supaya kita tidak lupa akan ujian akhirat dan juga ujian dunia.

Abaikan akhirat, dunia kita belum tentu dapat.
Abaikan dunia, akhirat kita menjadi penat.
Seimbangkan keduanya, insya Allah hidup kita mendapat berkat.

Wallahualam.


Doa Rabitah


Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
Telah berkumpul kerana mengasihiMu
Bersatu kerana memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan mendokong syari'atMu
Maka ya Allah
Eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan di antara hati-hati ini akan jalanNya
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar tentangMu)
Dan matikanlah kami sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

~Doa Rabitah~

Wednesday, April 27, 2011

Ayah dan Umar


Pada suatu petang..si anak bersembang dengan anaknya, Umar, yang berusia 10 tahun.

Anak: Abi, kenapa Tuhan kita tak nampak?
Ayah: Eh, kenapa Umar tanya macam tu?
Anak: Tadi kat sekolah, ustazah tanya. Allah itu ada atau tidak? Kalau Dia ada, kenapa kita tidak boleh nampak Dia?
Ayah: Owh..macam tu..Umar yakin Allah itu ada?
Anak: Hurm..yakin. Tapi bila ustazah tanya macam tu tadi, Umar terfikir jugak. Kenapa kita tidak nampak Tuhan kita seperti agama lain?
Ayah: Umar..Umar..macam ni. Tidak semestinya benda atau sesuatu yang kita nampak itu ada, dan tidak semestinya benda yang kita tidak nampak itu tidak ada. Abi bagi contoh mudah. Umar nampak tak udara?
Anak: Mestilah tak nampak abi! Siapa yang nampak udara tu bukan manusia tu..
Ayah: Hurm...tapi Umar tahu, yakin, percaya dan pasti yang udara tu ada kan?
Anak: Ya..tapi apa kaitan dengan persoalan tadi abi?
Ayah: Umar, kita tidak nampak udara tetapi kita merasa kehadiran udara dan angin. Sekarang ni, mesti Umar dapat rasa angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa kan?
Anak: Ya abi.
Ayah: Baik, abi tanya Umar lagi. Umar nampak tak bayang-bayang?
Anak: Nampak abi. Tapi, kita tak dapat nak sentuh bayang-bayang, nak kejar pun susah.
Ayah: Yup! That's the point yang abi nak bagitau Umar. Kita nampak bayang-bayang, tapi sebenarnya bayang-bayang tersebut tak ada. Betul? Ha..macam tu la keadaannya bila dipersoalkan tentang kewujudan Allah. Allah itu ada, tapi kita tak dapat nak lihat Allah kerana pancaindera kita tak dapat nak sampai melihatNya. Kita hanya hambaNya yang lemah. Kita tidak disuruh untuk memikirkan tentang zat Allah, tetapi kita disuruh untuk merenung kebesaran penciptaanNya. Cuba Umar tengok, siapa yang menyusun langit di atas, bumi di bawah, laut ada air dan sebagainya?
Anak: Tentulah Allah Yang Esa abi!
Ayah: Tepat sekali. Tidak ada sesiapa yang mampu mencipta langit dan bumi, apatah lagi mentadbir alam semesta yang teramatlah luas ni. Tidak ada hamba yang mampu, hanya Allah yang Maha Kuasa.
Anak: Hurm..kalau macam tu, ustazah tu salah la ye abi?
Ayah: Bukan, abi yakin ustazah tu tak ada niat macam tu. Abi yakin ustazah tu suruh Umar dan kawan-kawan fikir baik-baik soalan macam ni supaya Umar dan kawan-kawan yakin akan kewujudan Allah melalui penciptaanNya.
Anak: Owh, macam tu! Baiklah abi, Umar faham dah.
Ayah: Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu Umar.



Kadang-kadang, malah selalunya, kita lebih inginkan kepada benda yang ada daripada yang tiada. Sebagai contoh, jika diberi ganjaran RM27 sekiranya solat secara berjemaah sudah pastinya ramai yang akan mengambil peluang tersebut. Masakan tidak! RM27 X 5 waktu sehari semalam bersamaan dengan RM135. Jika didarab dengan sebulan bersamaan dengan RM4050. Tetapi, jika diberi ganjaran pahala 27 darjat, masing-masing mengambil solat berjemaah secara ringan dan sebelah mata.

Renungan..
Tidak semestinya sesuatu yang kita nampak, ia wujud dan tidak semestinya sesuatu yang kita tidak nampak, ia tiada.

Selamat beramal~

Sunday, April 24, 2011

13 April 1990

13 April 1990..
Aku dilahirkan ke dunia yang fana ini
Setelah menang pertarungan sebelum 9 bulan 9 hari di rahim ibu tercinta

13 April 1990
Hari Jumaat
Bersamaan 17 Ramadhan 1410H..
Bertuahnyaku rasa dilahirkan pada hari turunnya kitab suciMu
dilahirkan pada hari peperangan pertama dalam agama suciMu..
dan pelbagai lagi cerita 17 Ramadhan..
Subhanallah..

13 April 1990
Kini ku meniti usia 21 tahun..
Memerhati dan melihat kehidupan dunia yang penuh tipu daya syaitan laknatullah..
Walaupun terkadangnya aku terperangkap dengan tipu daya mereka..
Tetapi, itulah namanya MANUSIA..
Pasti tidak akan lepas daripada melakukan titik hitam..

13 April 1990
Entah bila nyawa ku kan dicabut keluar dari jasad hina ini..
Apakah ditarik, direntap, disentap atau dijemput keluar..?
Semuanya di tangan Yang Esa..

13 April 1990..
Ku ingin membawa perubahan pada semua
Diri, Keluarga, Agama dan juga Negara...
Insya Allah..

13 April 1990....