"Ya Allah! Susahnya soalan exam tadi..Aku rasa macam tak study apa-apa pun..argghh!!!"
Seringkali kita terdengar ayat seru di atas apabila kita melangkah kaki keluar dari dewan peperiksaan, malah mungkin juga kita sendiri yang melafazkan ayat seperti itu.
Pernahkah kita terfikir? Ramai insan-insan yang bergelar pelajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal dan akan dihadapi, apatah lagi dengan dorongan dan sokongan daripada kedua ornag tua dan yang tersayang sehingga ada yang berjanji akan diberi hadiah sekiranya keputusan yang bakal diperolehi ibarat menggali lombong emas.
Sekiranya keputusan yang diperolehi kurang memberangsangkan, maka kekecewaan datang bertamu. Lalu, terciptalah satu drama antara si anak dengan orang tuannya. Si anak hanya pasrah dengan kekecewaan orang tuanya manakala orang tuanya seolah-olah lebih menyayangi gred atau keputusan si anak berbanding dengan ilmu dan pengalaman yang si anak perolehi.
Begitulah yang seringkali terjadi dalam kalangan masyarakat zaman ini. Semuanya inginkan kepada kesempurnaan. Ramai yang memandang kepada ujian di dunia semata-mata sehingga mengetepikan ujianNya dan juga ujian yang bakal menimpa kita suatu hari kelak di akhirat.
Ramai yang risau sekiranya mereka mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam mana-mana ujian atau peperiksaan, tetapi ujian untuk kita jawab di akhirat dan alam barzakh kelak sudah ramai yang mengabaikannya.
Persediaan untuk mengahadapi ujian berbentuk tulisan dan kertas sememangnya telah dibuat secukupnya sebelum hari peperiksaan berlangsung. Alangkah bagusnya jika kita BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI UJIAN TERBESAR IAITU MATI. Kerana pada ketika itu, kita tidak dapat untuk meniru jawapan orang lain. Jawapan kita pada tika itu adalah bergantung pada iman, takwa dan amal kita. Keputusannya juga diberikan pada ketika itu, tidak seperti keputusan ujian peperiksaan di dunia.
Oleh itu, letakkanlah AKHIRAT DI DEPAN MATA, DUNIA DI BAWAH DAGU supaya kita tidak lupa akan ujian akhirat dan juga ujian dunia.
Abaikan akhirat, dunia kita belum tentu dapat.
Abaikan dunia, akhirat kita menjadi penat.
Seimbangkan keduanya, insya Allah hidup kita mendapat berkat.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment