About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Thursday, April 28, 2011

Cinta Monyet vs Kahwin: Siapa yang menang di akhir zaman ini??

"Haiiyyaa...wa pikir-pikir..wa pening woo...olang lain mau kawin, tapi lu olang main-main cintan cintun ni sampai bila mau ini macam??"
Tersentak aku dibuatnya! Apa tidak, kita sedang menikmati kopi petang dengan pisang goreng dikejutkan dengan jeritan seorang pak cik berbangsa Cina kepada pasangan kekasih di depan meja tempatku sedang menjamu selera petang. Mataku tidak berkedip bila melihat 'drama' free depan mataku..

Setelah pak cik tu berlalu pergi, aku cuba untuk mencuri dengar perbualan pasangan kekasih tersebut.

Si lelaki: Gelabah la pak cik tu..lantak kite la nak dating kat mane. Yang dia menyibuk apesal!! Mind your own bisnes sudah!
Si perempuan: Ha'ah..entah pa pe entah. Bukannya kita kacau dia pun. Mak bapak kita pun bagi kita keluar petang ni. Ayoo..orang macam ni pun ada zaman macam ni ka??

Perghh!! Kalau pak cik tu dengar dialog depa tu, memang kena penampor gamatnye..Aku mula berfikir tentang 'drama' free sebentar tadi. Ada satu yang tidak kena dengan masyarakat sekarang ni.

Terngiang-ngiang di kepalaku akan ayat yang baru aku dengar "Mak bapak kita pun bagi kita keluar petang ni. Ayoo..orang macam ni pun ada zaman macam ni ka??" Wah! Mak bapak pun bagi keizinan kat anak perempuan mereka untuk bersentuhan dengan lelaki. Hurm..tidak hairanlah isu buang bayi berleluasa. Orang tua pun benarkan anak-anak mereka berkasih sayang tanpa ada ikatan yang sah terlebih dahulu. Hurm..orang dah anggap cinta monyet ni perkara normal dah sekarang.


Teringat aku akan satu cerita kawanku sendiri. Dia berkeinginan sangat untuk mendirikan rumahtangga. Bila aku teliti satu per satu, dia sememangnya sudah layak untuk bergelar suami. Tapi apa yang menyedihkan, keluarganya menghalang niat suci murninya itu.

Mulai saat itu, hati aku berasa pelik. Kenapa?? Sebab..ada ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk bercinta dengan orang lain tanpa ada ikatan yang sah, tetapi ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin dengan alasan anak tersebut belum layak untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Persoalannya..MENGAPA ADA PANDANGAN SEPERTI INI???

Mengapa ada ibu bapa yang seolah-olah menyokong 'maksiat couple' dan menghalang syariat Islam itu sendiri. Apa yang menyedihkan semuanya adalah daripada keluarga Islam.

Pelbagai alasan akan diberikan sekiranya si anak mengutarakan niat untuk berkahwin. Antaranya:

1. Si anak masih lagi punya tanggungjawab yang perlu dipikul iaitu keluarga.
2. Si anak perlu meneruskan pelajaran sehingga tamat.
3. Si anak hendaklah mempunyai kerja yang tetap dan gaji yang tinggi sebelum berkahwin.
4. Si anak kenalah balas jasa kedua orang tua sebelum berkahwin.

Semua alasan di atas mungkin telah pun dihadapi oleh mereka yang mempunyai niat suci untuk berkahwin tetapi dihalang oleh keluarga. Tidakkah ibu dan bapa tersebut memikirkan JIKA MEREKA DIHALANG PADAHAL MEREKA SUDAH BERSEDIA, APAKAH KESAN BURUK KEPADA MEREKA?? Kemungkinan anak tersebut memendam perasaan yang amat mendalam sehingga putus niat untuk berkahwin, atau lebih teruk lagi melakukan perkara yang lebih buruk.

Sikap seperti ini haruslah diubah di kalangan kedua-dua ibu dan juga bapa. Sekiranya anak itu sudah layak dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, maka sokong dan berilah panduan kepadanya, bukan menghalang niatnya!

Berkaitan dengan hak, balas jasa, ekonomi dan sebagainya, semua itu terletak pada kekuasaanNya. Malah Nabi pun menggalakkan umatnya berkahwin walaupun tidak mampu, kerana sekiranya tidak mampu, Allah akan menolong hambaNya. Rezeki bukanlah urusan kita untuk menentukan banyak mana yang mampu kita kaut di dunia, tetapi itu semuanya atas urusan Allah dan bergantung kepada usaha kita. Apakah selepas berkahwin, anak-anak tidak boleh membalas jasa kedua orang tuanya? Siapa kata tidak boleh?? Perkahwinan bukan memutuskan hubungan anak dengan keluarga dan orang tua mereka, malah ianya menghubungkan silaturahim dan kasih sayang antara dua keluarga. Tetapi amat menyedihkan bilamana ada ibu bapa yang tidak faham akan perkara ini.


Rasionalnya, perkahwinan merupakan ubat mujarab bagi mengurangkan gejala isu dan masalah sosial yang melanda umat manusia akhir zaman ini. Pilihan terletak di tangan kita, sama ada ingin meneruskan hubungan tanpa matlamat yang jelas atau tidak, dan juga terletak pada kedua ibu dan bapa untuk menentukan yang terbaik untuk keluarga mereka. Jika mereka menghalang anak mereka untuk berkahwin, maka seharusnya bercinta tanpa matlamat amatlah perlu dihalang sekiranya ia dialami oleh anak-anak mereka.

Hanya insan biasa

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment