About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Saturday, January 7, 2012

Epilog Silam

Assalamualaikum..

Ntah npe tetiber je aku rse nk letak lirik nasyid n link kt u-tube skali kali ni..huhu..nah, dengar n hayati la ek..semoga terhibur (^,^)''

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan..beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku?

Tuhan..dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan..ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan..dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan..rahmatMu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Moga kan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerna ku yakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya


Perghh!!! Siap mengalir lagi air mata ble dengar lagu ni..best gilerr..huhu..

Tu la orang kate kn...kalau kite ni dah sarat dengan dosa, satu hari kite akan ingat balik pada Tuhan Yang Esa..teringat pulak aku kt ceramah ustaz time aku sekolah dulu..Allah itu maha pengampun..Dia tetap maafkan hambaNya walau banyak mane dosa2 si hambaNya..

Ya Allah..kekalkan hidayahMu di hatiku..

Kagum

Subhanallah..

Terasa diri ini lemah bila melihat blog-blog sahabat yang sentiasa up-to-date sepertinya tidak pernah kering idea untuk menulis di dalam laman blog masing-masing. Ketika ini sedang membaca blog seorang sahabat yang tidak pernah jemu dengan blognya sendiri (^,^)

Selalu juga timbul di benak fikiran yang tumpul ini, bagaimana mereka terus dan menerus menulis post-post yang baru saban hari..? Allah..kalau la saya yang daif ini, cepat betul kering idea, macam keringnya baju-baju di ampaian di hari yang panas terik..huhu..

Mencari di mana kekuatan para sahabat untuk menulis dan berkongsi catatan harian masing-masing, rupanya kebanyakan mereka lebih kepada luahan isi hati dan juga catatan perjalanan sehari-hari dalam kehidupan mereka. Perghh!! Itu rahsianya..hehe.. Patutla sahabat-sahabat tidak pernah jemu untuk mengeluarkan post baru..huhu..

Sememangnya saya amat mengagumi sahabat-sahabat yang tidak pernah jauh jari mereka dari keyboard untuk berkongsi pengalaman dan cerita baru seperti mana tidak jauhnya hati mereka dari Tuhan yang Maha Esa, Subhanallah...

Insya Allah..ingin saya menjadi seperti mereka..

3 Kata

Bismillahirrahmannirrahim..
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Tuhan yang Maha Agung..

Hari ini kita mampu lagi hidup dengan nikmat yang dikurniakan olehNya, nikmat yang tidak mampu untuk kita membayarknya. Nikmat yang sejak dari kita dalam kandungan ibu lagi dan sehingga kini, merupakan nikmat yang sama jumlahnya dan juga sumbernya. Subhanallah..

I love you
I miss you
I need you

Ramai yang mengatakan bahawa 3 ungakapan kata di atas merupakan kata-kata keramat yang bisa mencairkan hati kepada sesiapa sahaja yang diucapkan. Namun bagi umat Islam ada lagi kata-kata lain yang sangat-sangat bernilai, bukan sahaja mampu mencairkan hati dan mententeramkan jiwa, tetapi juga mampu menyelamatkan pengucapnya dari kemurkaan Allah dan siksa api neraka serta siksa azab kubur, nauzubillah.

Ianya berbunyi:

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Kata-kata ini lagi hebat daripada ungkapan yang di atas. Yang mana membawa maksud, Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah dan Allah Maha Besar. Subhanallah, begitu besar pengertian bagi tiga ungkapan kata ini.

Insya Allah semoga ianya menjadi amalan bagi kita umat Islam dalam menjalani kehidupan sebagai seorang abid, iaitu hamba, kepada tidak lain tidak bukan, Allahu ‘azza wa jalla.

Wallahu’alam.. J

Friday, January 6, 2012

Topik Hangat :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Syukur pada yang Esa atas rahmat dan pemberianNya. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besara Nabi yang Agung, Nabi Muhammad s.a.w. Insya Allah hari ini saya ingin berkongsi berkenaan kahwin muda :) Saya pasti ramai yang mencari-cari di mana cerita yang ada berkongsi mengenai kahwin muda..hehe..jeng jeng jeng...

Nikah, connecting people! Itulah yang sering dikatakan di media-media. Ya, sememangnya itulah yang dituntut, iaitu pernikahan merupakan penyatuan dua hati antara si suami dan si isteri. Namun, ada juga yang belum masih mampu untuk menyatukan hati masing-masing lantaran ego yang tinggi. Tetapi, ini bukan topik utama yang saya ingin kongsikan pada hari ini :)

Bila menyebut mengenai KAHWIN MUDA, ianya lebih merujuk kepada KAHWIN pada usia MUDA. Masyarakat kini memandang kahwin muda ini membawa kepada peningkatan statistik penceraian di usia muda lantaran keghairahan untuk mendirikan rumahtangga yang disusuli dengan dorongan hawa nafsu, juga disertai dengan kurangnya ilmu mengenai rumahtangga. Memang benar, mendirikan rumahtangga samalah seperti berlayar dalam sebuah kapal yang besar di lautan penuh berombak.

Perghh!! Mahal gilerr...!

Bila si anak ingin menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada orang tua, mereka sebenarnya amat mengharapkan bahawa orang tua memahami isi hati mereka. Namun, sebaliknya berlaku. Kedua-dua ibu dan ayah berkemungkinan menolak hasrat hati anak mereka kerana beberapa sebab yang dirasakan munasabah.

Malah ada yang mengatakan bahawa kahwin muda ini mengundang banyak masalah. Persoalan yang saya ingin kongsikan di sini adalah, "Adakah kahwin muda mengundang banyak masalah atau membiarkan anak-anak bercinta tanpa ikatan yang sah itu tidak mengundang banyak masalah?" Tidak dinafikan bahawa kedua-dua ibu dan ayah memang ingin melihat anak-anak mereka berjaya, dan punyai kerjaya sendiri. Tetapi, fitrah manusia untuk menyintai dan dicintai tidak boleh ditolak dan dinafikan. Sekiranya ditolak, maka lihatlah statistik pembuangan bayi yang semakin meningkat saban hari.

Siapa kata golongan yang kahwin muda tidak berjaya? Melalui pengalaman dan pengamatan saya, golongan yang kahwin muda ini lebih terjaga hatinya daripada mereka yang kahwin lewat. Ya, memang jodoh itu kuasa Allah. Tetapi, mengapa sampai mengatakan bahawa kahwin muda ini mengundang banyak masalah?

Sehingga ke hari ini, saya melihat ramai sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumahtangga di usia muda telah berjaya dalam pelajaran dan juga dalam kerjaya masing-masing. Jangan kita melihat bahawa kahwin muda ini sebagai satu bebanan kepada pasangan keran KITA BUKAN PENCIPTA pasangan tersebut. Allah yang menciptakan makhlukNya dan Dia tahu kemampuan makhlukNya berbanding makhlukNya sendiri.

Wallahualam..sekadar itu sahaja sebagai pemanas jari dan minda yang telah lama beku daripada penglibatan dalam dunia blogger :)

Yang baik datang dari Allah, kurangnya atas diri saya sendiri namun kedua-duanya datang dari Allah.


Pengumuman

Bismillahirrahmannirrahim..

Ya Allah..lama giler saya x update blog Sebiru LangitMu ni..huhu..bz memanjang..padahal tido jek..huhu..

Maaf kawan-kawan..kerana mengabaikan post-post terbaru untuk dimuatkan ke dalam blog tercinta ini.. Insya Allah, biiznillah saya akan cuba istiqamahkan dan perkasakan semula blog ini..

Wallahualam..

-editor Sebiru LangitMu-

Monday, September 12, 2011

Letakkan Allah di dalam setiap amalan kita.

Alhamdulillah, kini Syawal telah menaikkan tirainya untuk bertemu dengan umat Islam akhir zaman. Namun, apa yang menyedihkan adalah perginya Ramadhan yang belum tentu akan kita temui pada tahun akan datang. Walaubagaimanapun, kehidupan ini perlu diteruskan jua tanpa berputus asa akan rahmat Allah.

Perlu diingatkan bahawa, bukannya hanya pada bulan Ramadhan al-Mubarak sahaja kita beribadat dengan sepenuhnya kepad Allah, malah kita dituntut untuk beribadat kepadaNya setiap masa dan waktu, tidak mengira tempat mahupun bulan-bulan yang tertentu.

Letakkan Allah dalam setiap amalan dan niat kita. Insya Allah apa yang akan kita lakukan akan mendapat pahala ibadah meskipun ganjarannya tidak seperti apa yang telah diberikan oleh Allah pada bulan Ramadhan yang lepas.

Ramai umat Islam akhir zaman memikirkan bahawa pad bulan Ramadhan sahajalah peluang untuk beribadat lebih kepada Alllah s.w.t. Ya, tanggapan seperti itu memang benar. Bahkan, tidak dinafikan langsung! Akan tetapi, beribadah kepada Allah bukannya sekadar pada bulan Ramadhan. Tanggapan seperti ini perlu dan wajib untuk diperbetulkan.

Meskipun amalan atau ibadah yang akan kita lakukan sedikit kuantitinya, sekiranya ianya dilakukan dengan berterusan, maka itu lebih baik daripada amalan dan ibadah yang banyak tetapi terputus-putus.

Walauapapun amalan kebaikan yang akan kita lakukan, niatkanlah semata-mata kerana Allah. Seperti mana dalam hadith yang selalu kita dengar atau baca, namun kurang kita fahami adalah berkaitan dengan niat.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat."

Insya Allah, letakkanlah Allah dan Rasul dalam setiap amalan kita. Ganjaran itu, urusan Allah. Teruskan istiqamah dalam beribadah kepadaNya.

Sekian, wallahualam.



Tuesday, August 16, 2011

Panorama Bazar Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ini, saya berkesempatan untuk berniaga (membantu niaga) di gerai Yayasan Amal Miri. Saya dan 2 orang sahabat bersama-sama membantu YAM berniaga sepanjang bulan ini. Di bawah ini merupakan gambar-gambar yang diambil pada 15 Ogos 2011.



Gerai lemang di sebelah gerai kami



Gerai di sebelah gerai kami yang menjual kuih-muih dan mee goreng (pada hari itu kuih-muih tidak kelihatan kerana pengusahanya bercuti)




Pemandangan gerai-gerai di belakang kami



Gerai yang menjual ayam panggang. Terletak di hadapan kiri dari gerai kami.


Saudara Alif Ajwad yang mengawalselia kurma tangkai dan kurma paket, juga rempah bubur pedas.


Suasana di Bazar Ramadhan





Pemandangan dari gerai kami


Set Wangian Munif Hijjaz
1 Botol = RM22 (SM), RM25 (SS)
1 Set (3 dalam 1) = RM34 (SM), RM37 (22)
~sempat gak promot :)~







Monday, August 15, 2011

Usrah Ramadhan [UsRam]

Alhamdulillah, pada 14 Ogos 2011 bersamaan dengan 15 Ramadhan 1432H, usrah bersempena Ramadhan telah diadakan di Masjid at-Taqwa Miri. Dengan kehadiran yang berjumlah 16 muslimin dan muslimat, usrah tersebut menjadi satu medan untuk menimba ilmu di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.


Dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Arisan secara santai dan bebas yang berkisar tentang Islam secara umumnya dan Ramadhan secara amnya membuat hati para ahli usrah pada hari itu terpaku dan kelu untuk berbicara.

Setiap intipati pengisian pada hari tersebut sangat menyentuh hati kami yang hadir. Ianya secara langsung menjadi medan untuk kami muhasabah diri kami sendiri pada saat itu, tanpa memikirkan hal lain.
Di sini, saya sertakan beberapa pengisiannya yang berbentuk soalan yang sempat dicatat oleh saya dan beberapa orang sahabat.


  1. 1. Adakah anda bahagia dengan Islam?
  2. 2. Adakah anda merasa indahnya Islam?
  3. 3. Adakah anda bangga dengan Islam?
  4. 4. Apakah anda merasa keindahan hidup beragama?
  5. 5. Adakah anda berakhlak dengan akhlak Islam?
  6. 6. Apakah model (ikon) Islam di kalangan masyarakat?
  7. 7. Apakah anda merasa Islam itu hebat?
  8. 8. Adakah anda Islam topeng atau Islam benar?
  9. 9. Apakah akidah ahli sunnah wal jamaah?
  10. 10. Apakah pegangan ahli sunnah wal jamaah?
  11. 11. Bergerakkah anda pada nas al-Quran atau Hadis?
  12. 12. Apkah rahsia puasa?
  13. 13. Adakah anda takut pada Allah?
  14. 14. Adakah anda merasakan Allah di dalam hati anda?
  15. 15. Apakah ukuran iman sebesar zarah?
  16. 16. Adakah Ramadhan anda berjaya pada tahun lepas?
  17. 17. Adakah nilai taqwa di dalam diri anda?
  18. 18. Adakah puasa atau ibadah anda diterima atau tidak?
  19. 19. Adakah anda benar-benar cintakan Allah?
  20. 20. Adakah anda meletakkan Allah dalam setiap amal anda?
Semua soalan ini boleh kita jadikan ukuran kita sebagai hambaNya yang lemah. wallahualam

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan : Datang dan Pergi


Alhamdulillah, pada tahun ini kita telah diberikan sekali lagi kesempatan untuk bertemu dengan kekasih agung iaitu Ramadhan al-Mubarak setelah setahun tidak bertemu dengannya.

Ramadhan yang datang kali ini mungkin membawa rahmat yang berbeza bagi setiap hambaNya. Mungkin ada yang menyimpan untuk memperhambakan diri sepenuhnya kepada Tuhan yang Maha Menciptakan. Mungkin juga ada yang mengambil peluang Ramadhan kali ini untuk menghabiskan bacaan al-Quran mereka. Tidak kurang juga ada yang ingin memberi makan kepada fakir miskin sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Walauapapun niat di hati masing-masing, perlu diingat bahawa niat ibadah kita kerana Allah bukan kerana bulan Ramadhan. Hal ini kerana dikhuatiri hanya bulan Ramadhan sahaja kita akan melipatkaligandakan amal ibadat kita sementara pada bulan lain ianya seolah-olah kurang, nauzubillah.

Menyingkap berlalunya Ramadhan pada tahun-tahun lepas, ada di antara kita yang menanam azam supaya Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling baik sepanjang hidupnya. Namun, ibadah kita pada kali ini seolah tidak ke arah azam yang telah ditanam. Marilah kita sama-sama muhasabah diri supaya kita beroleh kemenangan di Syawal yang bakal tiba kelak.

Ramadhan kian berlalu. Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita berada di bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Segala amal kita dipermulaan Ramadhan dulu harus dan perlu ditingkatkan terutamanya di malam 10 akhir Ramadhan kelak kerana pada ketika itu, satu lagi kurniaan 'bonus' daripada Allah kepada hamba-hambaNya secara terus tanpa tapisan. Subhanallah.

Ayuhlah kita sama-sama melipatgandakan amal ibadah kita di akhir Ramadhan ini supaya kita dapat mencapai matlamat Ramadhan iaitu menjadi insan yang bertaqwa. Insya Allah.


Baiti Jannati


Alhamdulillah..pada 29 Julai 2011, saya Sahrul Khair bin Osman dengan pasangan Rina binti Abdurahman telah selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Tawau, Sabah. Syukur kepadaNya, hanya dengan sekali lafaz akad nikah maka terjalinlah ikatan suami isteri antara kami.

Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga membawa ke syurga. Amin..

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan kami kerana kejahilan diri kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan ibu bapa kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan ahli keluarga kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan sahabar-sahabat kami
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan sesiapa sahaja yang bersama kami

Ya Allah ya Tuhan kami
Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas ikatan ini
Limpahkanlah sakinah dalam hubungan kami
Curahkanlah kebahagiaan dalam hidup kami
Kurniakanlah kepada kami hati yang kuat bagi memikul tanggungjawab ini ya Rabb

Ya Allah ya Tuhan kami
Janganlah hubungan ini menjauhkan kami daripada mengingatiMu
Jadikanlah hubungan ini sebagai wadah dalam dakwah kami kepada ahli keluarga kami
Tetapkanlah hati kami ya Allah

Ya Allah ya Tuhan kami
Bukakanlah pintu rezekiMu bagi kami dalam mengharungi kehidupan ini
Lapangkanlah rezeki kami
Kurniakan kami rezeki yang hanya daripadaMu ya Rabb

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami memohon padaMu
Bimbinglah kami dalam mencari redhaMu
Tunjukkanlah kami jalan yang menuju kepada JannahMu

Wahai Tuhan yang agung lagi Esa..
Amin ya Rabbal 'Alamin..