About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Tuesday, October 20, 2009

Bila Seorang Lelaki Bicara Mengenai WANITA




Teringat ana sebuah lagu mengenai wanita yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Malaysia, Dehearty. Ana keluarkan beberapa rangkap lirik lagu tersebut sebagai rujukan kita bersama.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Cumanya ana nak tambah di sini beberapa ayat yang ana rasa bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.


Wanita
Tercipta engkau dari rusuk kiri lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Bukan dari dada untuk diikut
Bukan dari belakang untuk dikhianat
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dan dekat di hati untuk dikasihi

Wanita
Engkaulah hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah

Jika kita singkap sejarah dan kisah Adam dan Hawa, ternyata Hawa telah dicipta dari rusuk lelaki Adam sebagai peneman baginda di syurga supaya tidak kesunyian. Allah mengetahui fitrah manusia, hamba ciptaanNya, bahawa mereka memerlukan seorang teman untuk menempuhi dunia ini.

Di dalam satu artikel yang ana baru baca, Hawa dicipta tatkala Adam sedang tidur di dalam syurga. Apabila terbangun, Adam bertanya "Siapa kamu?" Lalu Hawa menjawab "Hawa".

Kemudian Adam a.s bertanya kepada Hawa, "Untuk apa kamu diciptakan?" Lantas Hawa menjawab "Supaya engkau berasa aman dan tenteram".

Daripada kisah ini dapat kita ambil iktbar bahawa wanita itu dicipta sebagai penenang seorang lelaki. Jika kita singkap lagi sirah Adam dan Hawa, kita mendapati hakikat kejadian kaum Hawa ini adalah daripada rusuk kiri lelaki.

Pada kasarnya, memang rusuk lelaki itu bengkok. Tetapi, sifat 'bengkok' yang diumpamakan ke atas penciptaan kaum Hawa ini bertujuan untuk menyatakan betapa pentingnya wanita kepada kehidupan seorang lelaki. 'Bengkok' di sini adalah kerana melindungi organ-organ dalaman yang penting kepada manusia, contohnya jantung, hati dan lain-lain lagi. Tanpa tulang rusuk ini, organ-organ tadi akan mengalami ancaman daripada luar di mana tidak ada pelindung kepadanya. Oleh itu, wanita juga merupakan pelengkap kepada kaum Adam.



Pernah juga ana menulis artikel yang mengatakan bahawa kaum Hawa ini juga merupakan sayap kiri lelaki, lebih tepat lagi, sayap kiri perjuangan Islam. Singkap kembali sirah Muhammad s.a.w. Saidatina Khadijah Khuwailid telah mengorbankan segala harta kekayaan beliau untuk perjuangan Islam baginda Muhammad s.a.w. sehingga Nabi s.a.w sendiri berdukacita yang teramat sangat apabila Saidatina Khadijah wafat pada saat baginda memerlukannya.

Begitu wanita, dicipta untuk melengkapkan kehidupan seorang lelaki. Jodoh di tangan Allah yang Maha Mengetahui. Setiap lelaki wa muslimin telah diciptakan untuknya seorang wanita wa muslimah untuk sama-sama mengharungi mehnah dunia.

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



"Ya Allah...
Jika Kau takdirkan aku jatuh cinta
Cintakan aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Allah..
Kurniakan aku seorang wanita
Yang dengannya aku akan terus bersemangat di jalanMu
Umpama Khadijah dengan Muhammad
Umpama Adam dan Hawa
Umpama Ibrahim dan Hajar..

Kaulah cintaku yang hakiki
Ya Rabbi.."

No comments:

Post a Comment