Ana sedih apabila melihat gelagat umat Islam zaman ini. Tidaklah bermaksud bahawa ana ni perfect dan baik orangnya. Tapi inilah luahan hati ana kepada seluruh umat Islam pada zaman ini terutamanya kepada remaja Islam.
Bagaimana jalannya kita atau ana sendiri untuk mengubah mentaliti remaja Islam zaman sekarang? Sebagai contohnya, ada di kalangan remaja yang berpendapat bahawa bertudung itu merupakan satu hak asasi manusia sedangkan di dalam Al-Quran telah dinyatakan akan hukum menutup aurat dan batas aurat antara lelaki dan wanita. Apa yang menyedihkan ada sesetengah remaja wanita yang bertudung tetapi seolah-olah mempersendakan Islam. Mereka bertudung tetapi menggunakan pakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan mereka. Malah, ada juga remaja Islam yang bertudung 'dating' di tempat-tempat yang tersembunyi sehingga menimbulkan fitnah kepada Islam. Hal ini pernah ana nampak di hadapan mata ana sendiri.
Apabila ditegur, kebanyakan mereka yang ditegur akan membalas dengan mengatakan "Alah...macam dia tu baik sangat. Ingat dia bertudung labuh boleh nak tegur orang sukahati dia?" Itulah ungkapan common yang terluah di mulut mereka.
Ana sedih melihat golongan seperti ini. Mereka telah mempersendakan Islam itu dengan perbuatan, tingkah laku dan percakapan mereka.
Persoalannya, adakah mereka faham apa itu ISLAM yang sebenar? Atau, adakah Islam yang mereka tahu itu tidak seperti Islam yang ana faham? Ana sering memikirkan masalah akidah remaja Islam zaman sekarang, kerana ana pernah lalui masalah remaja yang amat teruk.
Di sinilah peranan daripada semua pihak amat diperlukan. Semua pihak yang terdiri daripada keluarga, guru-guru dan juga sahabat-sahabat yang faham Islam, diperlukan untuk memahami golongan seperti ini.
Ana amat berharap ada sahabat-sahabat yang berada di luar sana untuk turun ke medan dakwah dan tarbiyah untuk kita sama-sama menjual diri kita kepada Allah. Kerana perjuangan menegakkan Islam, terutamanya pada akhir zaman ini, memerlukan semangat, azam, ilmu dan mentaliti yang kuat untuk menghadapi mehnah dan tribulasi yang akan datang.
Ayuhlah kita sama-sama gerakkan panji perjuangan Islam dan bersama-sama mengubah mentaliti umat Islam seterusnya membawa Islam ke era kegemilangannya seperti mana yang pernah berlaku pada zaman Uthmaniyah dan Abbasiyah satu masa dahulu.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment