Agak lama ana tidak terbitkan post baru..Pada kali ini ana ingin berkongsi 'penderitaan' iman yang sahabat ana alami baru-baru ini.
"Bagaimana iman seorang yang cintakan Allah boleh tergugat..? Semuanya telah dipermainkan oleh nafsu dan syaitan yang sentiasa mempunyai perancangan yang amat licik untuk menjatuhkan dan menjahannamkan seorang hamba yang beriman. Ana salah seorang yang telah terkorban imannya kerana nafsu.
Ana tidak tahu mengapa iman ana terganggu baru-baru ini. Jika pada sebelumnya, iman ana pada tahap iman seorang manusia biasa. Ana ajak sahabat ta'arif ke usrah, tetapi kerana keletihan dalam berpersatuan ana telepas usrah takwin. Ana dapat rasakan bahawa naqib ana berasa kecil hati dan mungkin juga makan hati.
Ana berasa amat sedih sekarang mendengarkan rintihan dan rayuan iman ana di dalam hati ini. Terasa diri, hati dan iman ini tersangat jauh daripadaNya. Ya Allah..bagaimanakah untukku mendekatkan diriku padaMu semula..?Apakah Kau masih menerima keadaan diriku yang hina ini? Apakah taubatku diterima Ya Rabbi..?
Sahabat..tolonglah sahabatmu ini mencari semula kekuatan imannya..Sahabatmu ini memerlukan pertolonganmu..."

Begitulah rintihan iman seorang sahabat ana yang mana sahabat ana sendiri menyuarakannya. Ana rasa teramat sedih kepadanya kerana ana sendiri pernah merasakan 'penderitaan' iman ana tatkala iman ana menjerit, merintih dan merayu untuk dimenangkan dalam pertarungan dengan nafsu dan syaitan.
Memang benar, kita hanya manusia biasa yang diuji dengan godaan dan bisikan halus daripada syaitan, iblis dan nafsu kita sendiri, walaupun pada ketika bulan Ramadhan. Namun ana rasa bangga kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam menjaga hati dan iman daripada dipengaruhi oleh nafsu dan bisikan halus syaitan laknatullah.
"Ya Allah..Engkau menciptakan hati ini. Peliharalah akannya daripada segala bisikan halus dan licik syaitan laknatullah dan nafsu kami sendiri Ya Allah. Tenangkanlah hati-hati kami dalam lembayung hidayahMu. Kami mengharapkan redha dan rahmat Mu saban hari.
Ya Rabb..kiranya ini ujian kepada kami semata-mata untuk menguji kami dan mentarbiyah iman kami, maka bimbing dan pandulah hati kami ke arah kejayaan ujian Mu. Janganlah Kau biarkan hati-hati kami terpesong daripada jalanMu Ya Tuhan. Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Dan sesungguhnya, Engkaulah Maha Penerima Taubat. Ya Rabbal 'Alamin..."

No comments:
Post a Comment