
Pada 17 hb Oktober 2009, ana dan kumpulan Effective Communication telah pergi ke Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor bagi menjayakan tugasan yang telah diberikan. Objektif program tersebut hanyalah ingin mendapat jawapan kepada beberapa soalan yang ana selalu fikir tentang remaja, iaitu ;
1) Mengapa remaja jatuh cinta.
2) Apakah yang menyebabkan remaja jatuh cinta.
3) Siapa yang sebenarnya bersalah dalam masalah remaja jatuh cinta.
4) Apakah tindakan yang bijak untuk menangani masalah ini.
Walaupun program yang ana anjurkan ini tidak berdasarkan objektif yang telah digariskan, tetapi ana telah menemui beberapa pandangan yang baru, pandangan daripada kelompok ataupun sekumpulan pelajar dan remaja yang belajar tentang Islam. Antaranya adalah;
1) Cinta itu seperti gula-gula. Pada mulanya gula-gula itu terasa manis atau masamnya. Tetapi bila lama-kelamaan, gula-gula tersebut akan mengecil dan akan habis di dalam mulut dan masuk ke dalam badan kita. Hal ini samalah seperti cinta manusia. Ianya manis pada permulaannya, tetapi akan habis apabila sudah biasa dengannya.
2) Cinta itu umpama makanan. Makanan jika diambil dalam kuantiti sedikit, ianya tidak akan mengenyangkan. Tetapi, jika diambil dalam kuantiti yang banyak ianya akan memudaratkan tubuh badan manusia. Makanan memerlukan keseimbangan dalam pengambilannya. Begitu juga cinta. Kita perlu menyeimbangkan cinta dalam kehidupan kita.
Respon daripada pelajr-pelajar tingkatan 5 SMAPR amat memberangsangkan. Ana mendapati seorang pelajar muslimat telah menulis sesuatu frasa yang menarik minat ana, dan ana minta keizinan untuk mengambil ayat tersebut.

"Jangan biarkan seseorang itu menjadi pemusnah kita, tetapi biarkan dia menjadi penyunting semangat kita untuk berjaya" -Fatin Nur Syafinas binti Hazmi-
Sesunguhnya rahmat Allah bersama-sama dengan kejayaan kumpulan ana dalam menjayakan program ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad, Ustaz Samad, pelajar-pelajar tingkatan 5 SMAPR, dan juga ahli kumpulan ana sendiri..
Semoga usaha kita mendapat keberkatan dariNya. Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5'09 SMAPR ana doakan kejayaan antum-antum sekalian..Ana serahkan segalanya kepada Allah.
Wallahu'alam...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete