
Salam..Post ni ana baru buat lepas berusrah dengan sahabat-sahabat seusrah..Semoga menjadi renungan dan muhasabah bersama..
Antara faktor kenapa remaja Islam itu sendiri tidak memahami Islam adalah cara hidup remaja zaman sekarang yang lebih sosial dan pergaulan yang, bukan terlalu, tetapi terlampau bebas. Masalah ini kita boleh lihat di mana-mana sahaja di dunia ini. Remaja lebih sukakan keseronokan bersama-sama dengan golongan mereka sendiri dan mencari jalan yang salah untuk berseronok. Kebanyakan remaja zaman sekarang sukar untuk tertarik dengan program-program yang bersifat kerohanian atau keagamaan kerana bagi mereka program seumpama itu amat membosankan.
Selain itu, faktor ketidakfahaman remaja tentang Islam adalah melalui sistem pendidikan. Sistem pendidikan zaman sekarang seolah-olah tidak mementingkan pembangunan akhlak para remaja. Semuanya berorentasikan kejayaan dan peperiksaan. Melalui sistem pendidikan, cara pemikiran remaja boleh diubah dan diharmonikan lagi. Selain itu, cara dan kaedah Islam itu disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan keadaan sesuatu tempat. Contohnya, di Johor kita mendapati banyak sekolah-sekolah aliran agama berbanding dengan Pahang yang kurang sekolah-sekolah aliran agama.
Faktor yang turut tersenarai adalah dari pihak keluarga remaja tersebut. Terdapat kes penceraian ibu bapa yang mengakibatkan perubahan kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa kurang memberi perhatian dari aspek agama kepada anak-anak mereka.
Banyak lagi sebenarnya faktor-faktor yang menyumbang ke arah masalah ini. Apa yang ana postkan di sini sekadar di permukaan sahaja. Ana ingin membawa kita untuk sama-sama fikir dan renung. Mungkin kita boleh mula bertindak untuk membawa sahabat-sahabat kita yang lain untuk kembali kepada Islam sebenar.
Allahu Rabbuna..Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment