.jpg)
Post ini ana taip berdasarkan pengalaman seorang sahabat ana yang ana boleh katakan telah berubah hasil daripada tarbiyah seorang muslimah.
Tidak dinafikan, memang tarbiyah dan hidayah itu daripada Allah dan semuanya urusanNya. Tetapi apa yang ana cuba ceritakan di sini adalah bagaimana seorang muslimah mengubah hati seorang lelaki menjadi seorang muslimin yang sejati, semuanya daripada Allah.
Pada mulanya, sahabat ana merupakan seorang lelaki biasa, seperti mana kebiasaannya. Sehinggakan satu hari dia melakukan kesilapan besar dan menyebabkan orang dan sahabat-sahabat di sekitarnya menjauhkan diri daripadanya.
Dengan izin Allah, muslimah ini telah membuka pintu hatinya yang selama ini ditutupi oleh dosa noda yang menebal.
Ana tidak tahu apa yang bermain di fikiran muslimah ni.Cumanya, ana mengetahui sedikit apa perasaan sahabat ana ni. Setelah berjam-jam ana mendengar cerita sahabat ana ni, ana dapat simpulkan : Seorang muslimah yang sarat dengan tarbiyah mampu menjadi menara dakwah kepada orang di sekitarnya, tak kira siapapun.
Disebabkan muslimah tersebut, pintu hati sahabat ana telah tertutup bagi wanita lain dan ana boleh lihat pada air muka sahabat ana dan perlakuannya. Ternyata sahabat ana telah berubah..Subhanallah...Semuanya dari Allah. Apa yang baik itu semuanya dari Nya.
assalamualiakum..ana tertarik dengan post anta. mengenai sahabat anta yang mula berubah disebabkan tarbiyyah dari seorang wanita. ana mempunyai sedikit persoalan, adakah sahabat anta berubah disebabkan wanita tersebut??
ReplyDeletehal ini kerana, wanita dan sahabat anta adalah bukan mahram bukan??
kemungkinan akan berlaku zina hati antara mereka walau tanpa disedari..sebelum itu, ana juga mempunyai sedikit persamaan kisah dengan sahabat anta tadi..ana mengambil jurusan agama dalam bidang pendidikan.sahabat ana juga kebanyakannya adalah budak agama gak..tapi dari segi pergaulan sukar ana ungkapkan..mereka mengambil word, Cinta Islamik sebagai hijab dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. sedangkan islam tidak menggalakkan pergaulan min al rijal wa nisa'. apa pandangan anta mengenai hal ini???
syukran~
maaf lmbt respon,..baru perasan ada komen..hurm..ana bukanlah faqih dlm jurusan agama..ana budak kejuruteraan je..hurm..bg ana, perlu diberi kesedaran kepada shbt2 kita yg seperti tu..sentiasa igtkn n beri kesedaran kpd mereka bil hikmah..gunakan kaedah yg sesuai...seperti lalaikan mereka drpd terus dlm istilah cinta yg mereka cipta...tu pndgn ana..mgkin blh mntk pdgn org lain yg lebih faqih...
ReplyDelete